Wednesday, 8 October 2014

Jatuh cinta pada roti

Asslamualaikum..

#selepas raya aidiladha, baru mula meroti.cintaku disini..haha
# banyak yg yan pelajari,proses pembelajaran tidak pernah berenti..hepi ending ya..
#bila kita masak dengan penuh kasih sayang akan t erhasil kenikmatan yg sukar digambarkan.
#yan gunakan doh yg diajar oleh cikgu zaiton ahmad dari nona manis.

Resepi bun manis

Bahan A
800gm tepung roti
200 gm tepung gandum
180 gm gula kastor
12 gm garam
10 gm bread improver
20 gm yis kering

Bahan B
450ml air sejuk+ketul ais
2 bj telur

Bahan c
60 gm marjerin
60 gm shortning

# yan guna bread maker..
# masukkan bahan b
# masukkan bahan  a
# masukkan bahan c
# putar dalam bre ad maker sampai doh jadi elastik
#bulat2kan..biar kembang setaman.
# bentukkan roti sesuka hati
Bake dalm 15 minit..180'c..@ ikut oven sis ya.

Coklat Ruquisimo melty..

Assalamualaikum..
# ATAS permintaan customer yg pernah merasai keenakan coklat ruquisimo melty yg cair diperut..wahh..statement kasi leleh air liur kan..dengan campuran badam yg disagai garing ,kismis,coklat bar mars,diadun dengan penuh kasih sayang..MAKA terhasillah coklat ini.
# sila layan pic ni ya..

Wednesday, 1 October 2014

Roti sosej mayo

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..berjaya juga membuat roti sosej mayo+sos.

# Mula2 buat tak berapa nak jadi..tapi yan cuba lagi.sampai puas hati.Best rupanya bermain dengan tepung roti.

#budak- budak di kawasan kejiranan yan suka sangat roti sosej ni,selalu dok tu tunggu uncle mamak mai juai roti!ROTI!Anak yan malu jugak mula2 nak menjaja dengan bakul,TAPI selepas dapat komisen..senyum sampai telinga..
Pengganti mamak roti..hihii..

#jom saksikan roti yg tercorot ngn yg boleh tahan gebunya.