Tuesday 17 July 2018

Peluang anak tahfiz

Dibwh ni hala tuju anak2 tahfiz
Janganlah risau nak hantar anak2 ketahfiz

1.         Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) –
            Terengganu

Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Terengganu menawarkan kepada Pelajar Tahfiz yang TIDAK mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Di sana mereka dapat meneruskan pelajaran ke peringkat Diploma hingga ke Ijazah terutama dalam bidang ‘Syariah Dan Hukum’.

2.         Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL)

Untuk Pelajar Tahfiz yang TIDAK mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), suatu Program Peralihan Pelajar untuk menduduki kelas intensif Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran YAPIS-UNISEL yang dinamakan Program Fast-Track SPM atau lebih dikenali sebagai Unismart akan ditawarkan kepada Pelajar Tahfiz yang berkelayakan.

3.         Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui program APEL

Pelajar Tahfiz juga boleh menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk peringkat Sijil / Diploma / Ijazah melalui APEL  - Accreditation Of Prior Experiential Learning. Mereka menawarkan pengajian di bidang Perniagaan, Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Seni Persembahan

Boleh lihat http://www.mqa.gov.my/APEL/

4.         Kolej-Kolej Swasta

Mereka menawarkan kursus-kursus tertentu peringkat Sijil & Diploma.
Contoh : Kolej Komuniti Bermodular, INPENS International College, Institut Kerajaan atau Swasta yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Kursus-Kursus Jangka Pendek.

5.         Menyambung ke Tingkatan 1

Bagi Pelajar Tahfiz yang memasuki Tahfiz seawal umur 8 tahun mereka akan berjaya menghafaz 30 Juzuk Al Quran setelah umur 12 tahun. Maka tiada masalah untuk mereka memasuki melanjutkan Persekolahan arus perdana (SPM – DEGREE – MASTER – PHD), atau mengambil aliran Agama [SPM dan STAM (Sijil Tinggi Agama)]. Jika cemerlang boleh sambung belajar ke Universiti Timur Tengah (Mesir, Jordan, Yaman, Kuwait, juga di Indonesia atau Thailand)

6.         Mengambil Peperiksaan SPM

Kebiasaan Pelajar Tahfiz yang memasuki Tahfiz pada umur 13 tahun mereka akan berjaya menghafaz 30 Juzuk Al Quran setelah umur 16 tahun. Maka tiada masalah untuk mereka masuk semula Sekolah Menengah untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7.         Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

Juga menawarkan lepasan Pelajar Tahfiz untuk mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

8.         Menyambung Aliran Agama

Pelajar Tahfiz berpeluang menyambung Pengajian Kitab ke Madrasah Sri Petaling, Madrasah Kubang Bujuk, Pondok-Pondok Pesantren di Indonesia, Darul Ulum di India, Pakistan, Afrika Selatan atau menyambung pengajian di Timur Tengah seperti di Mesir, Jordan, Arab Saudi, Yaman dan Maghribi.

Boleh lihat http:// www.mauizahrc.com

9.         Pusat Giat Mara

Pusat Giat Mara juga menawarkan lebih 35 Kursus-Kursus Kemahiran untuk Pelajar Tahfiz berumur 15 tahun ke atas.

Boleh lihat http://eputra.com/permohonan-kemasukan-program-latihan-kemahiran-giatmara-2011/

10.       Sijil Tahfiz Malaysia (JAKIM)

Pemohon hanya perlu hadir sesi Ujian Syafawi & Ujian Tahriri untuk layak mendapat Sijil Tahfiz Malayasia (STM) dan boleh dimanfaatkan bagi menyambung pelajaran dan peluang pekerjaan seterusnya. Mereka yang mempunyai STM ini boleh memohon biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi melanjutkan pengajian ke Universiti di dalam dan luar negara

Sila semak di internat atau lihat http://www.darulquran.gov.my/

11.       Pengiktirafan Lepasan Tahfiz dari Jabatan Agama Negeri

Pelajar Tahfiz juga berpeluang menjadi Guru Bertauliah Mengajar dengan mohon Kebenaran Mengajar dari Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Juga boleh mendapatkan pengesahan Al-Hafiz melalui temuduga khas sebagai Pelajar Tahfiz dari Jabatan berkenaan.

12.       Lain-lain Peluang bagi lepasan Pelajar Tahfiz

Sila semak di internat atau lihat http://www.mohe.gov.my/…/Hala_Tuju_Pengajian_Islam_di_Malay…

Syarat Kelayakan Umum :-

a)         Pelajar Tahfiz dengan hafalan minimum 10 Juzuk
b)         Mempunyai kemahiran 5M (Membaca, Menulis, Mengira, Menghafal dan Memikir)
c)         Berumur 17 tahun ke atas
d)         Keutamaan kepada pelajar Hafiz 30 Juzuk dengan Sijil Syahadah / Khatam

*********************************************************************************

CARA PENGAMBILAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) OLEH PELAJAR TAHFIZ

Pelajar Tahfiz yang ingin menduduki SPM tanpa ada PT3/PMR, mereka perlu mohon kebenaran dari Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ibu bapa atau Penjaga perlu menulis surat kebenaran dan menyatakan sebab-sebab tidak menduduki PT3/PMR. Setelah meneliti dan mempertimbangkan sebab-sebab itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan Surat Kebenaran menduduki SPM sebelum usia 19 tahun.

Jika usia telah mencapai 19 tahun, kebenaran dari Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia TIDAK diperlukan lagi. Boleh terus ambil SPM, tetapi pastikan anda ambil subjek teras dan  subjek syarat wajib  kemasukkan ke university, kerana jika anda tidak mengambil subjek syarat kemasukkan ke universiti, maka anda tidak boleh menyambung kemana-mana universiti. Pilihan subjek untuk mengambil SPM, terpulang kepada anda asalkan 6 subjek teras di ambil. Calon SPM hanya dibenarkan buat pilihan subjek elektif sahaja

Alhamdullilah banyak ruang Allah permudahkan utk yang menghafal wahyu Illahi.

No comments:

Post a Comment