Friday, 26 October 2018

Donut intan

Tq..intan
*DONUT CHUBBY*

*BAHAN2*
●3 cawan tepung gandum
●1/2 pack mauripan
●1 sudu makan susu pekat
●2 sudu makan marjerin
●Sedikit air
●Gula halus - untuk menyadur
●Minyak - untuk menggoreng
●Sedikit garam

*CARA BUAT:*

○1. Satukan tepung, susu, marjerin dan muripan tadi

○2. Uli dengan air, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi cantik dan lembut. Sekiranya doh tak menjadi tambah marjerin sedikit dan uli lagi sehingga nampak cantik.

○3. Bulat-bulatkan doh menjadi anggaran 30gm serta lubangkan tengahnya dan letak diatas dulang yang telah disapukan dengan minyak supaya tidak melekat sementara menunggu doh naik, atau nak senang guna acuan donat je.

○4. Biarkan doh dalam 10 minit atau nampak kembang dan goreng.

○5. Gaulkan donut yang telah digoreng dengan gula. Dah siap untuk dimakan, selamat mencuba.

Tips...
donut... kalau di salut...

Gula... rm 0.50
coklat .... rm 3.00

yang mana anda nak buat?

nak lagi gebu...
Uli dgn Bread Maker dan gunakan acuan tekap donut agar ianya nampak cantik dan sekata... 😊

Wednesday, 24 October 2018

Pau gebu

Tq..resepi
PAU GEBU GEBAS

BAHAN-BAHAN:
-250g @ 2 1/2 cawan tepung pau – diayak ( pakai tepung gandum pun boleh ) Mas guna tepung gandum jerk
-3g @ 3/4 sudu teh – yis kering
-2g @ 1/2 sudu teh – baking powder
-50g @ 4 sudu makan gula castor
-20g @ 1 sudu makan – lemak sayuran ( shortening ) tak letak, ganti dengan minyak
-2g @ 1 sudu teh – bread softener
-1/2 cawan air suam

Cara :

1.Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
2.Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3.Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat @ licin

Jika menggunakan Bread Maker :

1.Masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
2.Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

Nota :
Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam.

Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
Masukkan inti dan tutup kemas.
Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2″ x 2 “) dan susun didalam pengukus.

Untuk mengukus :

Didihkan air didalam periuk pengukus.
Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.
Kukus pau selama 10 minit.

TIps :

Air perlu lah betul2 panas @ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.Bagi megelakkan pau anda mengerutu dan kemek..
mengukus pau cuma 5 – 6 minit sahaja dan apabila masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau dengan penutupnya sekali kebawah, barulah buka penutupnya.
Apabila penutupnya di buka semasa pau masih di kukusan, wap akan masuk maka pau anda yang sedang mengembang, terkejut, lalu kemek dan mengerutu

Monday, 22 October 2018

Kek coklzt moist

Tq..resepinya
Cake Chocolate Moist With Chocolate Ganache

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 tin gula pasir
1 tin minyak masak@minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur

Semua bahan blender je sampai sebati

1 1/2 tin tepung gandum
1 tin serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Ayak semua bahan
Pastu masukkan bahan yg di blender tadi kacau sampai sebati, masukkan dalam loyang 8x8
Letak bawah je baking paper
Tutup adunan loyang guna plastik supaya air tidak menitis kat atas kek ye

Sebelom tu panaskan air dahulu ye
Kukus 1jam sehingga masak
Cucuk pakai lidi, kalau da tak lekat dah masak..

Topping coklat ganache

1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair

Satukan semua bahan masak secara double boil

Ukuran saya ikut ukuran tin susu pekat.. saya guna susu pekat manis marigold

Credit : Lavienda Mahfuz Azman
#mahn

Sos pencicah

Tq..empunya resepi

Assalamualaikum smua...
Smalam qamai kawan2 yg mntak hakak share resipi sos pencicah Ni.. alhamdulillah haqi Ni hakak dah dapat izin daqi tuan punya resipi..
Sos pencicah Ni d buat oleh bonda kepada Adik ipaq hakak yg dok d Kelantan.. beliau buat sos pencicah Ni utk jualan..mmg laku kerassss...Dan mmg sedap yamat...
Ok..hampa Mai qapat2 skit hakak nak habaq resipi dia...
Jangan takut klu sos Ni bnyak.. sbb sos Ni boleh d simpan dlam bekas tertutup Dan tahan lama..pastikan btoi2 sejuk dulu sbelum nak simpan dlam bekas ya..
Klu Kat umah hakak mmg x lama pun hayat sos Ni sbb anak yg pmpuan Ni dia makan qoti gardenia cicah sos Ni...
😂😂😂

Resipinya
-----------------
Cabai kering seringgit ..rebus Dan blend dgn bahan2 lain kecuali gula Dan cuka.... jgan blend sampai halus ya..biaq kasaq2 skit..blend dgn biji2 skali..k
Cabai hidup dlam 10 biji
Bawang putih setengah labu
Gula pasir 1 kilo
Cuka makan 1 botoi Kecik
Utk air.. guna plastik gula sekilo tu sbagai sukatan..masuk kan 2 plastik
Garam sikit jaa

Masak smua bahan2 tu smpai lah pekat.. klu nak pekat lagi masak lama skit..
Mudah kan..
Ok..selamat memcuba...
😊😊😊😊

Wednesday, 17 October 2018

Doa para ibu

*Doktor Fauziah Ad-Dabbus,* seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya  itu  telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.
Isi tulisannya sebagai berikut :

*"Aku bersumpah demi Allah, wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya, dan aku bersumpah demi Allah, agar Engkau tidak menghijab/menghalangi redha-Nya kepada anak-anakmu.*

*Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa engkau redha atas mereka masing-masing."*

*Begini doanya:

*(Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kpd mereka.*

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat Insya-Allah.

Khas untuk ibu ibu dlm group ini: Jgn pernah LETIH untuk berdoa.. kpd kaum bapa yg masih ada ibu bleh lh share dgn ibu kn

Friday, 12 October 2018

Mee goreng basah

MEE GORENG BASAH

Bahan- bahan :

-Mee kuning 1bungkus dibilas dan tos...
-Sotong 10 ekor dibersihkan potong dan tos..
-Fish ball 1paket dibersihkan potong dan tos
-Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan potong dan tos..
-tomato 1biji dibersihkan dan dibelah 6
-Cili kisar 4sudu besar..
-Sos cili 5sudu besar..
-Sos tiram 1sudu besar..
-Sos ikan 1sudu besar..
-kicap pekat 1sudu besar..
-Kicap manis 5sudu besar..
-Kicap mee 2sudu besar..
-air putih 1cawan kecil...
-Minyak masak 2sudu besar untuk menumis...
Bahan2 tumbuk:
-Cili api 10biji
-bwg putih 3ulas...
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat...

Cara-cara :
1.Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar.
2.Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit..
masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil..
3.Masak dan kacau2 bagi sebati... masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato... kacau2 bagi sebati dan masak.. siap
4.Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sbb rasa kicap2 tu semua dh cukup.

Tuesday, 9 October 2018

Tat nenas jj mawar

tq tuanpunya resepi
Resepi tart nenas JJ

1 cawan butter scs, twin cow/ majerin pelangi
2 sudu teh minyak sapi jika suka
30 gram gula icing
3 cawan tepung gandum blh tambah klu lembik
2 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tpg tpg jagung
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu teh essen vanila
1 biji kuning telur
Pewarna kuning lemon

Hiasan
2 biji kuning telur
1 sudu besar susu manis
Pewarna kuning lemon

Cara penyediaan
Ayak tepung gandum terlebih dahulu...satukan butter gula icing,minyak sapi,essen vanilla sebatikan.masukkan telur dan pewarna kuning kacau rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit uli hingga menjadi doh..
Kemudian terap dgn acuan yg disukai... Biarkan doh selama 1 jam baru sapu kuning telur dan bakar pada suhu 160@170 20-25 minit..bergantung pada oven masing2

Timbang butter 250 gram.

Selamat mencube..

Wednesday, 3 October 2018

Sambal

PENCICAH & SAMBAL
Koleksi Resipi Sambal Tumbuk Kampung Paling Mudah & Sedap Makan Dengan Aneka Ulam

1. SAMBAL BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
Segenggam ikan bilis
8 biji belimbing buluh
9 biji cili padi merah – boleh ubah jumlah ikut tahan kepedasan masing-masing
3 biji bawang merah
Minyak masak secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya.

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan masukkan belimbing buluh, cili padi, bawang merah dan ikan bilis.
2.Goreng semua bahan hingga lembut dan wangi. Angkat dan toskan minyak.
3.Tumbuk semua bahan hingga hancur.
4.Tambahkan gula, garam dan perasa ikut citarasa. Gaul rata.
5.Sedia untuk dinikmati.


2. SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1.Cuci ikan bilis dan toskan.
2.Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
3.Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
4.Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
5.Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
6.Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.


3. SAMBAL TERASI
BAHAN-BAHAN:
3-4 biji tomato
1cm belacan
3 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang diingini
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng tomato, bawang merah, bawang putih, belacan dan cili padi hingga layu.
2.Angkat dan masukkan ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga semua bahan lumat.
3.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
4.Sedia untuk dihidangkan.


4. SAMBAL GESEK NEGERI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN:
15 tangkai cili api
Sejemput ikan bilis
2 biji perahan limau kasturi
Garam jika perlu

CARA MEMASAK:
1. Goreng garing ikan bilis. Angkat dan tos minyak.
2. Tumbuk cili api dan masukkan ikan bilis yang telah digorengkan tadi.
3. Titiskan jus perahan limau kasturi. Gata. Tambah garam jika perlu.
4.Sedia dinikmati bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
INFO CHEF: Boleh juga guna ikan bilis mentah tanpa digoreng terlebih dahulu.


5. SAMBAL CILI API BERAPI
BAHAN-BAHAN:
4 genggam cili api (merah & hijau)
1 genggam ikan bilis
4 biji bawang besar – dibelah 4
5 biji bawang kecil – dibelah 2
7 ulas bawang putih
3 biji tomato – dibelah 4
1 inci belacan-nak bakar atau tidak, terpulang
Sedikit asam jawa/cuka
Garam dan gula

CARA MEMASAK:
1.Goreng ikan bilis separuh garing. Angkat dan ketepikan.
2.Dengan minyak yang sama, goreng sekejap cili api, bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan tomato.
3.Kisar kasar semua bahan-bahan goreng tadi bersama belacan. Tambah sedikit minyak menggoreng tadi.
4.Kemudian masukkan dalam kuali, perasakan dengan garam,gula dan asam jawa. Masak sampai pecah minyak.
5.Bila sambal dah sejuk, boleh simpan dalam peti ais.

INFO CHEF: Jika nak bagi sambal tahan lama,jangan masukkan air semasa mengisar.