Monday 18 March 2019

Kek coklat

*_KEK CHOCOLATE KUKUS_*
*BAHAN2*
- 1 cwn minyak masak
- 1 cwn susu cair
- 1 cwn susu pekat
- 1 cwn serbuk koko
- 1/2 cwn gula pasir dikisar halus dulu
- 4 biji telur gred A @ B
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1 1/2 sudu teh soda bicarbonate
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 1/2 cwn tepung gandum yang telah diayak.

*BAHAN UNTUK TOPPING*
- 4 sudu besar serbuk koko
- 5 sudu besar susu pekat
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar susu cair.

*CARA2 MEMASAK KEK*
- Campur semua bahan ke dalam blender kecuali tepung. Kisar menggunakan blender sahaja.
- Kisarkan selama 5 minit. Sekiranya anda ingin menggunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja.
- Kemudian tuangkan adunan kedalam mangkuk yang besar.
- Tuangkan tepung sedikit demi sdikit sampai habis dan kacau sebati.
- Sapukan acuan atau loyang dgn butter atau minyak. Nota: Jangan lupa tutup loyang dgn plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.
- Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai betul – betul masak. Nota: Anda boleh panaskan air semasa mengisar bahan – bahan tersebut kerana proses untuk buat kek ini sekejap sahaja.

*CARA2 UNTUK TOPPING*

- Campur semua kedalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.
- Kacau sehingga sebati.
Kemudian, tuangkan terus ke atas kek.
- Siap dan sedia untuk dimakan!

No comments:

Post a Comment