Menu dinner kami sekeluarga malam tadi
Roti Sarang lebah dengan Sos Butterscotch!! resepi bun manis..tak pasti resepi siapa..maaf
Boleh ikut resepi ⬇️⬇️gerenti jadi
𝐑𝐞𝐬𝐞𝐩𝐢 𝐚𝐬𝐚𝐬 𝐑𝐨𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬
Hari ni I share kan resepi asas sweet bun yang menjadi kegemaran I. Saban hari duk buat utk makan sendiri dan juga utk jualan. Resepinya mudah, cuma nak pesan gunakan barang yg berkualiti untuk pelanggan anda, insyaallah ada berkat disitu :)
Bahan:
400g Tepung high protein
100g Tepung gandum
11g instant yeast (sila gunakan brand SAF, xde bau yeast)
10g sus tepung
1bj telur (optional)
100g gula putih
220g air (gunakan air sejuk sekiranya uli dgn mixer)*
75g butter (jika guna salted butter, x perlu letak garam)
secubit garam
pelembut roti (kfine,rfb,supercream, bakerine etc)
Caranya :
1. Masukkan (ikut urutan) Gula, yeast, susu tepung, air sejuk & tepung ke dalam bowl mixer. uli pd kelajuan sederhana hingga membentuk doh kasar.
2. Masukkan butter dan uli lagi dalam kelajuan sama sehingga membentuk doh yang lembut. Bila kita sentuh doh akan terasa kelembutannya. Jangan lupa masukkan bahan pelembut pd 15 min terakhir ulian.
3. Buat ujian windowpane test (sila rujuk gambar pertama). Ini penting untuk anda tahu doh cukup di uli atau belum. Jika doh anda sudah mencapai tahap boleh nampak cahaya tu maka doh dah cukup di uli.
4. Tutup bowl dengan kain lembab dan biarkan doh naik dua kali ganda. Jika cuaca panas, jangan lama tinggalkan doh sbb cuaca yg panas akan merangsang perkembangan yis. Perkembangan yis akan menjadi agak perlahan jika cuaca agak sejuk, jadi ia akan ambil masa yg lama sedikit untuk naik.
5. Lepas doh dah naik lakukan punch in! I paling suka part ni..macam tumbuk pipi musuh je rasa hahahah
6. Lps tu bentukkan roti mengikut kesukaan anda. Selepas di bentuk, biar doh naik lagi sekali, spray air masak pada permukaan doh dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Sekali lg ingin I pesan kat sini, kena sesuaikan suhu ni dgn oven masing2. Jangan sedih kalau roti tergelap atau hangit sedikit di permukaan. Jika oven anda tu suhu panas dr biasa, turunkan sedikit suhu. Jika besar doh yg di bakar, semakin bertambah masa yg di ambil untuk membakar roti.
RESEPI BUTTERSCOTCH SOS
Bahan-Bahan:
½ cawan brown sugar bukan gula merah ok
½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
Sedikit garam
½ st vanilla essence
25g butter
Cara Penyediaan
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
Peringatan:
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
Selamat mencuba!
Stay tune for next tips! kita akan cerita ttg doh yg menggunakan yis yg sgt sedikit!
No comments:
Post a Comment