Saturday, 29 May 2021
Thursday, 27 May 2021
Sunday, 23 May 2021
Thursday, 20 May 2021
brownies budget
Brownies kedut .
Guna sukatan cawan , 100 % brown sugar ๐ซ
Tak payah mixer bagai..
Kacau je guna spatula
Saya jual brownies budget, jadi saya guna marjerin je ๐
Saya guna dark chocolate beryls, 100 % brown sugar and marjerin
Saya guna sukatan cawan metric
Tak payah nak timbang bagai
Resepi dalam gram and sukatan cawan ⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
Bahan bahan :
180 gram brown sugar (1/2 cawan + 1/2 cawan )
90 gram butter / marjerin (1/2 cawan)
90 gram tepung gandum (1/2 cawan)
90 gram choc coin (1/2 cawan)
40 gram coco powder ( kalau tak ada sudu metrix, 3 sudu makan serbuk koko)
Esen vanilla
2 biji telur size B
Cara cara :
- Double boil brown sugar dan butter sampai gula mencair sikit
- gula dah separa cair, masukkan telur dan esen vanilla dan kacau sebati...masa ni kena hati hati ye, takut telur jadi telur hancur.
- kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk koko dan kacau sebati.
Baru masukkan chocolate coin.
And kacau sebati.
- lapik loyang 7 inch dengan baking paper...bakar 180` dalam 30 minute..dah siap tu, terus bawa keluar oven dan sejukkan baru tarik keluar dari loyang...
Selamat mencuba.
Doakan sis murah rezeki okayyy ๐๐ฅฐ๐คฉ๐
Wednesday, 19 May 2021
bihun sup utara
'Depa duk bekelai pasai laksa xsudah² ka tu?'..kata bihun sup kuning cabai merah ๐ #bihunsuputagha #perlismaiceqoii
Kami edit buh resepi naa..nak bg kelia lg sup dia hampa kena tumis darat, tuang di sup time dia duk menggelagak tu ๐
Bihun Sup Utara (Sup Tulang)
Bahan bahan
1 peket bihun
1 sudu kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis..
Bahan2 Sup Tulang
1kilo tulang dicampur sedikit daging
2 batang serai ketuk
Halia lebih kurang 2 inci diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya
Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..
***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup...kalau taknak buat pon tak apa..
Bahan2 cabai merah
Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula.
Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun
Daun bawang
Daun sup
Lobak masin (kalau bihun sup utara, hat ni agenda wajib kena ada. Bukan sunat๐คฃ)
Bawang goreng
Selamat mencuba๐๐
Bihun sup utara..cabainya merah..bihunnya kuning๐
Kredit Resepi : zaini talib
Saturday, 15 May 2021
cucuq manis
Cucur kembung lemak manis.2 hr berturut buat. Resepi yg mudah,cepat dan sedap.sejuk pun masih lembut.๐
bhn2 nya..
1 sudu besar yis
1cwn tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat/ yg nie maksu x boh pn
Secubit garam& air secukup nya. (air biasa jer)
Cara membuat nya..
Campur semua bhn. Masuk kan air sedikit2.adunan mcm cucur biasa tu jer๐x pekat x cair sangat. perap setengah jam ke 1 jam jer. Blh dh goreng.
Kredit : resepi orang kampung
Friday, 14 May 2021
Tuesday, 11 May 2021
khatam Al quran
Pada saat aku menulis ni, jam berdetik 3 am 30ramadan 2021.Alhamdulillah,selamat khatam Al-quran. Semoga Allah taala membuka pintu hatiku menerima hidayah.. mencintai alquran dan hapuskan dosa2 ku Dan seluruh umat Islam yg hidup Dan mati. Amin
Thursday, 6 May 2021
tatapan untuk anak-anak
Assalamualaikum.. suami Dan ank2 yg dikasihi. Bermula detik ini jumaat 6hb mei 2021,ibu mula menulis untuk kalian. Kapan Hari pemergian , kita tidak tahu.
Monday, 3 May 2021
ayahanda hj Nik Mohamad noor
ayahanda mertua..alfatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..dan mendapat syahid .3hb mei 2021(21 Ramadan 1442).
X sat abg nashir call...nak tanya pasai keadaan keluarga arwah...kak ala tlg doa bg semua slmt..lps tu dia cerita yg dia buat tahlil kat arwah 3mlm berturut2...sbb dulu arwah baik dgn abg nashir..dulu lps solat subuh arwah selalu belanja abg nashir mkn..sbb tu abg nashir terkesan sgt dgn kehilangan arwah..abg nashir kata arwah mati hari isnin sbb covid..kira syahid lah kematiannya..Allah tunggu dan malaikat sambut..sbb masa abg nashir buat tahlil dia rasa mudah sgt..rasa mcm arwah senyum..
Subscribe to:
Posts (Atom)