Thursday, 20 May 2021

brownies budget

Brownies kedut .

Guna sukatan cawan , 100 % brown sugar ๐Ÿซ
Tak payah mixer bagai..
Kacau je guna spatula 
Saya jual brownies budget, jadi saya guna marjerin je ๐Ÿ™‚

Saya guna dark chocolate beryls, 100 % brown sugar and marjerin
Saya guna sukatan cawan metric
Tak payah nak timbang bagai

Resepi dalam gram and sukatan cawan ⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

Bahan bahan :
 
180 gram brown sugar   (1/2 cawan + 1/2 cawan )
90 gram butter / marjerin (1/2 cawan)
90 gram tepung gandum   (1/2 cawan)
90 gram choc coin (1/2 cawan)
40 gram coco powder ( kalau tak ada sudu metrix,  3 sudu makan serbuk koko)
Esen vanilla
2 biji telur size B

Cara cara :
- Double boil brown sugar dan butter sampai gula mencair sikit

- gula dah separa cair, masukkan telur dan esen vanilla dan kacau sebati...masa ni kena hati hati ye, takut telur jadi telur hancur.

- kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk koko dan kacau sebati.
Baru masukkan chocolate coin. 
And kacau sebati.

- lapik loyang 7 inch dengan baking paper...bakar 180` dalam 30 minute..dah siap tu, terus bawa keluar oven dan sejukkan baru tarik keluar dari loyang...

Selamat mencuba.
Doakan sis murah rezeki okayyy ๐Ÿ˜˜๐Ÿฅฐ๐Ÿคฉ๐Ÿ˜

No comments:

Post a Comment