Wednesday, 14 July 2021

kek sarang semut sis lia

Bila lama tak buat... jadi tak jadi je sarang  semut. Byk tahun juga tu, dh diambil alih kot jadi saranghae anai-anai pulak. πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜†.
.

.
KEK SARANG SEMUT
*********************
bahan2nya
🐜1cawan gula
🐜1 cawan air sejuk
🐜3 sudu besar butter atau marjerin
🐜3bj telur
🐜1/2 cawan susu pekat manis
🐜1 cawan tpg gandum
🐜1sudu teh soda bikarbonat
🐜1sudu teh esen vanilla

Cara-cara membuatnya
************************
1. Cairkan butter atau marjerin

2. Cairkan gula sampai jadi warna perang dan masukkan 1 cawan air dan masak hingga mendidih. Padamkan api dan ketepikan

3. Dlm bekas lain, masukkan telur dan kacau slow aje. Syarat nak pecahkan kuningnya saja. 

4. Masukkan susu pekat

5. Masukkan butter yg telah dicairkan td

6. Masukkan esen vanilla dan masukkan tpg gandum. Akhir sekali masukkan gula yg telah di cairkan td. Kacau bg rata tak payah guna mixer ( kacau2 manja bg sebati ye.)

6. Tapis adunan dan masukkan dlm bekas @ loyang yg telah di sapu sedikit minyak @ marjerin. perap selama 1 jam. Tujuan perap ni utk bagi sodanat (singkatan sis je) sebati dan sekata d dalam adunan. Lagi lama d perap lg cantik rongga2 sarang akan terhasil. 

7. Bakar guna api bawah selama 20 minit pada suhu 165° -170°c (ikut @ kenali jenis oven masing2 ye, setiap kapasiti oven, suhunya berbeza2).

8. Tukar api atas bawah selama 10 minit pd suhu 150°C...

9. Bila dh masak sejukkan dulu baru blh potong
.
Tips
*****
1. Teknik potong adalah dgn cara melintang utk dapatkan lubang2 tu... Kalau potong menegak tak dapat la lubang2 semut tu. Jangan kata pulak kek tadi jd sarang semut sbb sarang tu dok menyorok kena pandai la cari sarang semut tu ye. Kih3. Cara memotong kek sarang semut, potong dua bahagian dulu then baru potong melintang.

1. Jika mengunakan loyang, letak dahulu kertas minyak @ baking paper d dasarnya dan sapu sedikit marjerin @ minyak d sekeliling loyang. Kemudian masukkan adunan dan bakar @ kukus. 

SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment