Saturday, 26 November 2022

Kursus Umrah Pondok Darsa

Alhamdulillah.. 26/11/22 mengikuti kursus Umrah Pondok Darsa di Kuala Nerang. Penyampaian yg menyentuh hati.. terasa lambaian Kaabah memanggil2.. 
Seramai 492 peserta umrah dalam travel umrah Darsa Dec 2022.Terima kasih ustaz Rohaizat, Ustaz Yusuf Dan semua team Pondok Darsa yg terlibat.
Semua tenang -tenang sahaja dalam debaran.Banyak flight tertunda disebabkan syarikat penerbangan antarabangsa memberi laluan untuk World Cup di Qatar.
Seramai 13 group dengan 13 mutawif..
Travel Pondok Darsa berjaya menyelesaikan urusan penerbangan.
Cikyan pi dgn suami Dan mak mertua. 

Lupa cikyan nak cerita,Sarapan pagi yg disediakan sebelum majlis bermula.. bihun goreng,kuih koci Dan cucur badak yg sedap sangat.
Tengah hari menu kampung jadi santapan para peserta..gulai daging ,ayam goreng ,sambal belacan Dan ulam-ulaman.Sedap sungguh..mungkin dimasak dari hati.Sampai sekarang terasa kesedapannya.


Syukur.. Yg berbahagia.. Tok Guru Ustaz Sheikh Zainul Asri menyantuni majlis dengan memberi amanat persediaan sebelum menjadi tetamu Allah .. Terasa meremang dengar pesanan dari TokGuru.Syukur Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment