Sunday, 17 November 2024

famous amos

Rasa biskut yang dibuat ikut resepi Ben akan hasilkan biskut yang sedikit berderai di dalam mulut tapi rangup di permukaan luar. Dan manis-manis buah. Gitu. Kuantiti untuk 25-27 ketul biskut famous amos. Cawan digunakan ialah cawan penyukat metrik 250ml.

Bahan-Bahan Biskut Famous Amos:

  • 125 gram pure butter pada suhu bilik
  • 1 biji telur saiz paling kecil. Gred C
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh emplex
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 cawan coklat chip
  • 1/3 cawan almond nips

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung gandum, jagung, emplex, baking powder dan ayakkan supaya sebati. Ayak 2 kali. Dalam bekas, kacau dengan tangan butter dan gula hingga mulai sebati. Tambah telur dan esen vanilla. Kacau lagi.

2. Tambahkan tepung bersama coklat chip dan almond nips. Kacau cukup sekadar bercampur sebati. Rehatkan doh di dalam peti chiller 20 minit (kalau dalam freezer, 8-10 minit dah). Tujuannya untuk pastikan biskut tak terlalu kembang bila dibakar nanti.

3. Panaskan oven pada suhu 160’C selama 10 minit. Leserkan dulang pembakar dengan marjerin sedikit. Cubit adunan dan bulatkan/leperkan/tekap ikut gaya pilihan anda. Bakar pada suhu 150-155’C ikut oven guna api atas bawah selama 20-25 minit.

4. Sementara bakar tu, masukkan semula adunan ke dalam chiller. Bila dah nak bakar balik, baru keluarkan adunan. Dah masak, keluarkan seketika biskut dan biarkan sejuk dulu sebelum simpan. Siap resepi biskut famous amos.

Share ilmu bermanfaat ni ya kawan-kawan.

Pernah Rasa Biskut Almond Matcha? Rasa Berlemak Cair Dalam Mulut >> LIHAT DI SINI

Rahsia Buat Biskut Pasti Menjadi dan Sedap

Resepi Oleh: Ben Safwan

Sunday, 20 October 2024

Saturday, 12 October 2024

Tuesday, 1 October 2024

Tuesday, 3 September 2024

karipap

Buat la bnyk mana pun... laku  keras.. cpt je hbs..
.
Resepi kulit karipap...
400g tpg gandum
100g tpg beras
50g majerin
50g mnyk masak
Sedikit garam
Air ikut keperluan doh...jgn lembik plak...
.
Cara2..
Panaskn mnyk dan majerin... kemudian masukkn dlm tpg gaul sebati...kemudian masukkn air...uli sampai jd doh...
Inti karipap
Kentang di potong dadu
Carrot potong dadu
Ayam potong dadu
Serbuk kari
Daun kari
Daun sup
Bwg besar,bwg putih, sedikit halia~yg ni semuanya di blend atau tumbuk~
Mnyk, garam, gula secukup rs..
.
Cara2...
Tumis bhn2 blend sampai pecah mnyk, kemudian masukkn serbuk kari yg di bancuh air sikit, biarkn sekejap, kemudian masukkan ayam, seterusnya masukkn kentang dan Carrot...masak shgga hampir2 air kering, kemudian br masukkn daun sup...klu kentang blm empuk lg...masukkn lg air dan biarkn sampai kentang btl2 kering lg...Ok siap... slmt mencuba..

kredit: Empunya resepi

Wednesday, 21 August 2024

koytew teng

Dah byk kali dok melintas, tertelan air liurrr weiii 🤤

Tgk resepi senangnya lahaiii 😅

Cehhhhh, senang2 pun x buat2 pun lg 😂

Ok la kita try la Menu Sihat mlm ni. 

Main lebur je siap 😅😂 

Nahhhhhh resepi 📝 

KUEY TEOW SUP ALA2 KOPITIAM 😉
—————————————————-

Bahan-bahannya :-
—————————-

2 Labu Bawang Putih (dicincang)
1 Cawan Minyak Masak

3 ketul Dada Ayam
2 Kuib Pati Ayam
Kek Ikan
Bebola Ikan
Minyak Bijan 
Air utk merebus
Garam

Kuey Teow (di cuci sekejap dgn air panas)
Sawi Pak Choy (di rebus)
Cili Padi (di potong)
Kicap Manis/Masin

Cara-caranya :-
————————-

1. Panaskan Minyak & goreng bawang putih hingga keperangan. Ketepikan.

2. Kuey Teow di cuci & di bilas dgn air panas utk membuang minyak yg melekat pd Mee.

2. Masukkan Air & Ayam ke dlm periuk. Renehkan sehingga Ayam masak. Angkat Ayam sahaja & ketepikan. Masukkan Kek Ikan, Bebola Ikan & Kiub Pati Ayam ke dlm periuk td. Titiskan Minyak Bijan. Perasa kan dgn Garam & biarkan sehingga mendidih. Siap!

3. Sementara itu Ayam yg di rebus tadi di carik carik.

4. Cili potong + Kicap sebagai penambah rasa & selera. 

5. Minyak bawang putih.

SIAP ✔️

Selamat Mencuba 🌹
credit to cik puan zee

Tuesday, 20 August 2024

Bancuhan tepung goreng cucur

Petua pisang goreng rangup, warna cantik & lembut.. boleh juga goreng keledek, keladi atau ubi kayu
.
Mak Sipah kan tak berapa ada gigi, jadi dia tak suka bancuhan yg guna tepung beras. Nak guna yg segera, dia mabuk pulak kalau ada msg.. Jadi kak NN buat gini :
.
1/2 paket tepung gandum
Secubit garam - nak sihat guna garam buluh
Gula - sweetality 3-4 sudu kecil
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar air kapur makan
2 sudu besar minyak masak
Air suhu bilik
.
Air kapur tu akan jadikan bancuhan tepung + kunyit jadi warna oren~ eiiii lawanyaa!! Pastu ia akan menjadikan tepung tu rangup..
.
Biasanya mmg buat bancuhan tepung tu lebih.. ramai peminatnya.. dah habis goreng pisang… goreng tepungnya pulak.. buat besar2.. sekejapan habis.. cuba tau! sedappp

Kredit empunya resepi

spaghetti carbonara

Ni bukanlah resepi authentic carbonara. 
Tapi resepi ni guarantee sedap & sgt senang utk buat especially kalau ada tetamu dtg tiba2 / last minute nak masak. 
30 minit siap masak ni. 
Sauce ni cukup utk 1 pack (500 grams) spaghetti. 
Spicy Carbonara
Bahan tumis : 
Butter & Olive Oil (utk menumis)
1 biji bawang holland dipotong dadu
1 labu bawang putih dihiris halus (mmg rasa mcm banyak kan, tp sedap gila byk garlic ni) 
4 ke 6 batang cili padi hiris halus (kalau nak pedas lagi letak la lebih)
Protein : dada ayam / udang / beef pepperoni / salami ikut la apa yg ada 
Other : 
1 tin button mushroom (any brand) atau boleh pakai fresh button mushroom atau swiss brown mushroom
Boleh tambah capsicum kalau suka
Sauce :  
1 tin Prego cheese & herbs (kuning) & 1 tin Prego Sauce Carbonara Mushroom (biru)  
1 tin Full cream dutch lady (guna je tin prego utk sukat)
1 kotak kecik cooking cream
2 senduk air rebusan pasta
1 kiub ayam 
Garam & Blackpepper 
Italian Mix herbs 
Masukkan je bahan2 ikut turutan ni 👆🏻
Adjust kepekatan sauce guna susu full cream dutch lady. 
Kalau nak berkuah lagi tambah susu. 
Selamat mencuba 
𝘾𝙧𝙚𝙙𝙞𝙩 : 𝘼𝙮𝙪 𝙈𝙖𝙨𝙝𝙧𝙪𝙙𝙙𝙞𝙣

Wednesday, 14 August 2024

Monday, 12 August 2024

coklat chip

Nahhh resepi..
Biskut ni sedap..lagi sedap dari biskut double choc yang sy pernah buat sebelum ni 💃💃
Drop cookies ni memang senang nak buat...
Kalau sapa buat tak jadi tu dia memang tak baca resepi betul2..
Tolong baca a to z ye awak 😘

Double choc cookies 🍫🍫

Bahan2..
250gm butter-suhu bilik
1/2 cawan gula halus/kastor
3/4 cawan gula perang
1 biji telur
1sudu esen vanila

2 cawan tepung gandum
2 sd besar tepung jagung
2/3 cawan serbuk koko
3/4 sd baking soda

2 cawan dark coklat chip
50gm almond yang dibakar dahulu (tambahan)

Cara2..
1.Tepung gandum , tepung jagung , serbuk koko & baking soda dicampur sekali & diayak..ketepikan

2.Masukkan butter & gula ke dalam 1 bekas..pukul hingga sebati..tak perlu kembang sangat..
Masukkan telur & esen vanila..pukul lagi..dah agak sebati berhentikan mixer..jangan overbeat

3.Masukkan adunan tepung yang dah di ayak tadi..
Masuk sikit2..kacau guna spatula/senduk kayu je
Masukkan pula dark choc chip & almond..kacau hingga sebati..

4.Sebelum tu panaskan oven suhu 180c selama 10minit..
Sapu loyang dengan butter/marjerin..
Cuit sikit adunan biskut yg dibancuh tadi..susun atas loyang..jarakkan ye..jangan rapat2..
Bakar adunan selama 20-25 minit suhu 160c @ brgantung suhu oven masing2..
Da masak sejukkan dulu pastu bole simpan dalam bekas..
Tenkiu..

Nota!!!
1.Resepi menggunakan cawan metrik
2.Almond dibakar dalam oven selama 15min 130c

Kredit Resepi : elly halim

Thursday, 1 August 2024

Pinggan Legend bunga hitam

Alhamdulillah.. terimakasih cik Lin.. BG Kat Yan.. teringin lama dah pinggan ni

Wednesday, 24 July 2024

Oleh2 dari Mekah

Alhamdulillah.. terimakasih atas ingatan.
Semoga kami dijemput ke Sana.
Amin