Cookies Baldu Merah
Resepi red velvet cookies by Azlina ina Fans
*xperlu cawan metrik guna sejenis cawan sahaja untuk semua jenis bahan*
Bhn2
1/4 cwn susu full cream
1sb cuka masakan
1sb pewarna merah meroon
Satukan bia 10 mnt
Sementara tu di besen atau bowl
500g butter salted pure butter (goldern churn sedap)
2 @1 cawan setengah gula halus(kalau xnak manis kurg kan lg)
1 biji telur kuning sahaja
Esen vanila
Mix sebati atau boleh pakai senduk sahaja
Tambah
1sk baking
1sk soda
1sb emplek bahan perangup cookies bakery banyak jual tp (kalau xade boleh ganti dgn tepung beras 1sb)
1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan minyak masak
Mix sebati
Tambah pulak
1sb serbuk koko
1 cawan tepung jagung
Mix lg sebati
Tambah pula
Susu yg kite peram td tu kacau sebati baru tambah
5-6 cawan tepung gandum(bargantung keadaan butter sbb kdg kalau butter masih steady sejuk2 kite masuk 5 cawan dan cukup tp kalau butter dah terlebih lembut kene tambah lg 1/2 cawan tepung gandum lg)
1-2 cawan coklat chip
2 cawan badam nips bakar dulu
*badam nips*(wajib bakar sekejap supaya masa membakar cookies jd cepat)
Adunan mmg xkeras ya
Tambah cereal 1 cawan untuk lg rangup kan cookies korg nnt..Mak beli yg repack dr bakery je
Ok adunan begini (gambar) Mmg lembut mcm ni jd jgn pulak igt xjdð€£ð€£ð€£
Masuk piping beg dan piping kan atas dulang pembakar dah siap2 lapik baking paper ya.agak2 sebesar duit 20 sen
Panas kan oven dulu
Set suhu 180 atas bawah bakar 20-22 mnt begantung ketebalan cookies yg korg paip td. so masa die xsama setiap oven dan org.sbb ketebalan cookies yg korg paip main peranan mengubah masa membakar td.kene try n eror.Tgk dah agak2 brown bawah cookies licin mudah diangkat dan bia die sejuk boleh belah dua cookies tgk kerangupan die sampai dalam atau x kalau masih xrangup boleh bakar semula. masa ni baru korg boleh set masa die macamana.
Biasa korg boleh letak dalam balang mcm ni mesra travel dan meja raya.Mini balang sesuai untuk jualan harga jimat.Cadangan bg 20-25 pcs rm14 -15 tgk pd modal bahan2 yg korg guna juga ya..
Semoga perkongsian ini membantu surirumah2 semua menjana pendapatan ramadhan ini Aminn. Doakan mak sihat selalu dan busines maju aminnnn.mak halal kan semua Amin.
Join group ni untuk dptkan lebih banyak resepi ðð» https://t.me/resepiharianmenarik
Kredit : Azlina Ina Fans ð