Thursday, 18 July 2019

Kuah kacang kak yatt

Kacang tanah rm4
Bwng besaq 3 biji
Bawang putih 3 ulas
Cabai Kering rm3
Lengkuas 3 hiris
Kunyit sikit
Halia sikit
Blender semua
Tumis cabai dulu sampai masak ..dgn serai 3 btng ketuk..pecah minyak boh bwng
Udang Kering sikit
Bila mendidih masukkan santan pekat rm2
Minyak masak 2 senduk.

Setengah kacang buang kulit(blender ngn dgn air)
Setengah kacang blender Kering

Friday, 5 July 2019

Gulai ikan k imah

Kari ikan stail kk
Xsedap pun tp boleh nk mkn tu
Bukan tera mn pun cincai ja🤣..
Bahan2ku..
Serbuk kunyit 1 camca..
Minyak masak..
Rempah ikn babas 1bungkus 1/2 ikutlh nk yg pedas ka @yg biasa bole campur2..
Halba campur 1camca ..
Daun kari..
4ulas bawang putih..
2 ulas bawang putih..
Garam&aji ikut rasa..
Aiq asam sikit..
Santan 5 kupang (sikit ja) sbb kk xmakn lemak sgt🤭..
Semuanya seba sikit janji perhhh😋..
Bahan2 menumis👩🏻‍🍳..
Panaskn api🔥 kuasa biasa2 ja..
Masukkn minyak dlm kuali serbuk kunyit..
Halba campur, bawang potong, daun kari bawang dh garing buh rempah masuk secawan air Agak2 pecah minyak boh aiq byk mn mau bila mndidih Buh semua bahan2 sepertimana bhan di atas..garam, aji, santan,aiqasam,lepasni buka api🔥kuasa sederhana bg mendidih anak2 dah rasa Agak2 dah sedap.. Kuah pun mcm dh surut dr yg asal buh ikn serta bendi lpastu slow sgt api🔥 Agak mcm ok tutup api🔥..sedia dihidangkan 😋😋👍🏼👍🏼..
Siap buh dlm mangkut mai antaq semangkuk 🤣..

Monday, 10 June 2019

Biskut makmor

Minyak sapi kecik
Minyak masak bagi cayaq
Tepung gandum
Gula sikit

Uli bagi boleh bentuk

Inti tengah

Goreng kacang tanah
Blander kasar..campuq gula halus+ minyak masak

Sunday, 2 June 2019

Biskut nyok

1 cwn nyok Kering(goreng)
2 cwn tepung ubi
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula
2 biji telur dipukul..masukkan santan sikit

Mazola tok kiah

Kacang sekilo..ambik sikit nak boh atas
Mesin kasaq selepas digoreng(sejukkan dulu)
Gula haluih kurang sekilo
Tepung gandum sekilo setengah
Garam haluih
Minyak secukupnya

Wednesday, 27 March 2019

Air barli

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Kita kongsi resepi mudah utk yg kena kencing kotor dan kencing tak lawas.

Resepi pun sedap, Sejuk Tekak & paling utama mampu buat, mampu milik punya.

👉🏾Bahan;

Barli

Gula kundur

Kismis

Gula batu

Daun pandan

👉🏾Cara:

1. Rendam barli 5 minit untuk buang kotoran.

2. Cuci bersih barli.

3. Masuk dalam periuk, tambah air dan daun pandan.

4. Masak sampai barli kembang baru masukkan kismis, gula batu dan kundur.

Boleh diminum sejuk atau panas.

Into tambahan, jgn suka tahan kencing.
Byk minum air kosong.
Baru sihat.

Kredit: Azrina Len
             Kuala Belait
             Brunei

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Monday, 18 March 2019

Kek coklat

*_KEK CHOCOLATE KUKUS_*
*BAHAN2*
- 1 cwn minyak masak
- 1 cwn susu cair
- 1 cwn susu pekat
- 1 cwn serbuk koko
- 1/2 cwn gula pasir dikisar halus dulu
- 4 biji telur gred A @ B
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1 1/2 sudu teh soda bicarbonate
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 1/2 cwn tepung gandum yang telah diayak.

*BAHAN UNTUK TOPPING*
- 4 sudu besar serbuk koko
- 5 sudu besar susu pekat
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar susu cair.

*CARA2 MEMASAK KEK*
- Campur semua bahan ke dalam blender kecuali tepung. Kisar menggunakan blender sahaja.
- Kisarkan selama 5 minit. Sekiranya anda ingin menggunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja.
- Kemudian tuangkan adunan kedalam mangkuk yang besar.
- Tuangkan tepung sedikit demi sdikit sampai habis dan kacau sebati.
- Sapukan acuan atau loyang dgn butter atau minyak. Nota: Jangan lupa tutup loyang dgn plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.
- Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai betul – betul masak. Nota: Anda boleh panaskan air semasa mengisar bahan – bahan tersebut kerana proses untuk buat kek ini sekejap sahaja.

*CARA2 UNTUK TOPPING*

- Campur semua kedalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.
- Kacau sehingga sebati.
Kemudian, tuangkan terus ke atas kek.
- Siap dan sedia untuk dimakan!

Saturday, 23 February 2019

Sambal bilis

Alhamdullilah terima kasih sahabat2 yg mendoakan anak saya Amirul Asraf..
Dah makin sihat..dan boleh makan..Dh ketawa..dah bercakap2 tak berhenti😄😍😍
Walau masih lemah nak berjalan syukur sgt..saya doakan kebaikan utk sahabat2 semua❤️

Meh saya share resepi sambal ikan bilis yg makan sekali mesti tambah berkali2.,sambal ni sekejap jek siap..sedappp InsyaAllah
Sblm ni pernah share jugak ..sy share sekali lagi Ye

Menu sarapan Pagi tadi..merangkap tgahri dan baru sempat sy nak up😄

Utk bahan2 di bwh saya blend dgn minyak Sbb kurang percikan dan cepat garing sambal pun jadik lebih sedap

Bahan2

6bj bawang besar (siZe sederhana)
4 ulas bwg putih
Sedikit halia
Sedikit belacan jika suka

Blend semua

Lada kering dlm 100gm atau 5 senduk cili Mesin siap
Segenggam asam jawa+1 cwn air
Garam
Gula
Ikan bilis kisar
Kiub pati ikan bilis👍👍😋
Ikan bilis goreng
Sebiji bawang besar -hiris

Cara2 dan bahan tgok step2

#sambalnasilemak
#resepisambalmak
#sambalmakandenganroti😋
#bolehbuatintipausambal
#makandenganlontongkering
#makandenganlotongbasah
#suka2masak
#sayasukamasak
#hobisaya

Sunday, 17 February 2019

Kek span

Saya tidaklah pakar dalam membuat kek, tapi pengalaman saya kalau nak buat kek span, pastikan adunan tu dah berlipat (ribbon flow) baru kita letak minyak. Lepas letak minyak saya cuma kaup je adunan tu guna spatula sampai betul-betul sebati baru saya masukkan dalam loyang.

Loyang pun saya letak baking paper kat bahagian bawah je. Lepas kek masak, cabut baking paper tu.

Terhasillah sebiji kek span yang gebu.😆

Saya bagi dua resipi kek span. Bolehlah guna mana-mana resipi ya.

Resipi kek span 1

Bahan A
100gm tepung gandum
100gm gula kastor
60gm tepung jagung
50ml air
5biji telur A atau B
40gm ovallet
sedikitnesen vanilla

Bahan B
60ml minyak masak

Resipi kek span 2

Bahan A
300gm sponge mix
300gm telur ( timbang tanpa kulit )
60gm air
esen vanilla

Bahan B
60gm minyak masak

Kedua-dua resipi saya guna loyang 9inci. Bakar suhu 160' api atas bawah masa 45min. Tapi setiap oven masa dan suhu tak sama jadi kena kenal oven masing-masing.

Thursday, 14 February 2019

Ayam popcorn

AYAM POP CORN RANGUP SENANG GILERR

Resepi Ayam Pop Corn

Kredit: Ummie Lyana Kitchen

3 ketul Dada ayam potong dadu
1 sudu rempah kari ayam
1 sudu paprika
½ sudu lada hitam kasar
½ sudu serbuk lada sulah
1sudu tepung beras
1 sudu tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sdk garam halus
Bread crumb untuk toping

Satukan semua kecuali bread crumb.. Perap dlm sejam or ½ jam... Panas kan minyak dan celup kn ayam perap td dekat bread crumb dan goreng kekuningan.. Siap di ngap..

JANGAN LUPA LIKE & SHARE

Friday, 8 February 2019

Amalkan

*INI ILMU YG SANGAT MAHAL* 👇🏼

_IBADAH HAJI SEBELUM TIDUR_

Jika kamu merasa bersyukur 👏 atas segala Rahmat Allah,
jangan abaikan..
  
Tunaikanlah ibadah haji sebelum tidur....

Ini sangat menarik, tolong luangkan 2 minit saja untuk membacanya.

Suatu hari Rasulullah SAW pernah
bersabda kepada Ali ( R.A. ) :
Wahai Ali, lakukanlah 5 hal ini sebelum tidur...

◆ 1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah.

◆2. Khatamkan Quran, lalu tidur.

◆3. Belilah surga, lalu tidurlah.

◆4. Perbaikilah hubungan dua orang  yang tengah berselisih, 
kemudian tidurlah.

◆5. Tunaikanlah satu kali haji, lalu tidurlah.

Ali ( R.A. ) pun menjawab,
Ya Rasulallah !
Mana mungkin aku boleh melakukannya ?
Lalu nabi ( SAW ) menjawab :

◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama dengan sedekah 4,000 Dinar.

◆3 kali membaca surah Al Ikhlas sama nilainya dengan mengkhatamkan satu Al-Qur'an.

◆3 kali membaca Shalawat ( minimal membaca Allahuma Saliala Muhammad Wa Aalihi Muhammad) adalah harga surga.

◆10 kali bacaan istighfar sama nilainya dengan menyambungkan silaturrahim dua orang yg berselisih.

◆4 kali membaca Subhanallah,
Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar sama dengan menunaikan satu kali Haji.

★Lalu Ali (R.A.) pun berkata, Ya Rasulallah ( SAW )!
Kini aku akan menjalankan semua
nasehatmu ini sebelum tidur !

★Hanya perlukan kurang dari lima menit untuk menjalankannya,
namun lihatlah semua kebaikan amalan tersebut!
Siapa tak ingin memperoleh semua kebajikan itu dalam buku catatan amal baiknya?

★untuk mengingatkan seseorang akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua dzikir tersebut pada sehelai kertas, untuk dibaca sebelum tidur, dan tempelkan di dekat tempat tidur Anda, untuk dibaca 😊....
Dan tentu saja, dengan niat mengingat Allah ....

🌻Indahnya jika Anda mau berbagi tulisan ini ke sebanyak Muslim yang Anda kenal, karena jika atas usaha Anda seseorang menjalankan amalan2 ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya ...
In sya ALLAH.
Aamiin Ya Robbal 'Aalamiin...

🌻Suratul Faatihah melindungi seseorang dari kemurkaan Allah

🌻 Surah Yasiin melindungi seseorang dari kehausan pada hari pengadilan.

🌻Suratul Waaqi'ah melindungi seseorang dari kefakiran dan kelaparan.

🌻Surah Al-Mulk melindungi manusia dari azab kubur.

🌻Surat Al-Kautsar melindungi seseorang dari kejahatan musuh.

🌻Surat Al-Kaafiruun melindungi dari kekafiran saat ajal menjemput.

🌻Surat Al-Ikhlaas melindungi seseorang dari kemunafikan.

🌻Surat Al-Falaq melindungi seseorang dari marabahaya.

🌻Surat An-Naas melindungi seseorang dari pikiran jahat.

🍁Seandainya seseorang mengindahkan amalan2 dalam pesan yang Anda kirimkan
ini dan mengamalkannya,
andapun akan meraih kebaikan karena telah menyampaikannya... 🍃

🌻Saran
Jangan tunggu nanti.
Kirimkan sekarang !
Semoga Allah melimpahkan kesuksesan untuk setiap orang yang telah mengamalkan dan menyampaikan pesan ini.
"Aamiin Ya Robbal Aalamiin"

WaAllahua'alam..
Semoga bermanfaat...
Jazakumullah khai ran.

Monday, 4 February 2019

Korean spicy

Nasi goreng simple

BAHAN-BAHAN:

5 cawan nasi
2 biji telur ayam
Serbuk lada sulah/lada putih secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2 genggam ikan bilis
2cm belacan-dipanggang

CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.

2) Masukkan semua telur dan bila telur hampir masak baru la dikacau kemudian dimasukkan nasi dan di kacau rata . Masukkan , lada sulah , garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan nasi goreng dah masak serta boleh la ditutup api dapur.

Sunday, 3 February 2019

Sos cheesy

Homemade sos cheesy & potato wedges

Sos cheesy:-
3@4 sudu marjerin
2 sudu tpg gandum
1 mug@300ml susu cair @ susu full cream
Lada sulah, lada hitam
1kiub pati ayam
6keping cheese
Pewarna kuning atau oren

Cara2:-
1.cairkn marjerin, masukkn susu, kemudian tepung gaul sebati smpi x Berbintil.
2.masukkn kiub ayam dan cheese.
3.perasakan dgn lada sulah dan lada hitam.. Dan pewarna.
4.tmbh garam jika perlu, masak sos x terlalu pekat atau x terlalu cair.

Potato wedges:-
Kentang 5,6 biji
Garam
Lada sulah, lada hitam
Tepung jagung

Cara2:-
1.basuh kentang Bersih2, xperlu buang kulit.
2.potong memanjng ala2 wedges kfc tu.
3.rebus 5 minit jgn smpi masak. Nnt mse goreng lembik plk.
4.toskn,masukkn dlm bekas.
5.perasakan garam, lada sulah, lada hitam, dan tepung jagung.
6.goreng api kecil. Klu api besar hitam dan pahit nnt.

Resepi ni nk bt mkn anak2 blh, bt jualan pn blh.
Sos cheesy ni dpt st mngkuk besar mmg byk, puas hati, blh smpn dlm peti ais.

Credit : Nurdiana Amiruddin

Thursday, 24 January 2019

Adik pun dah pi

Adik kata biaq adik pi..adik tak tahan sangat..maknjng tengok perut adik merenin..nampak urat2 urat2 hijau..perut adik mengeras..maknjng bayangkan 5 Kali maknjng kontraksi nak bersalin..maknjng rasa sakit sangat dah waktu tu..bila tengok adik baru tau..sakit tu mungkin tak sesakit adik..makjng insaf sat..
Petang rabu..23 Jan 2009,pakjng kalut ajak mkjng pi tengok adik..pakjang buat roti kat adik..walaupun tau adik bukan boleh makan pun kann..adik dah sakit..tarik mengkarung dlm perut..mai kat dada..adik kata macam nak mati dah..adik mintak ubat tahan sakit kat doktor..doktor tak bagi ..bukan Salah doktor..ubat tu sangat kuat..bila adik amalkan akan ketagih..bila adik rasa sakit sangat..adik hbq kat misi..misi pun cakap baca alfatihah..adik dah baca alfatihah sampai 7 Kali..adik takbir..adik sakit sangat..sakit tu adik sorang yg rasa..doktor pun taktau makhluk apa dlm perut adik..cacing ka ulaq ka.. maknjng rasa mcm raksasa yg dok ada..
Sakit adik..istimewa sikit..nak diagnosis pun buah pinggang bocoq pun takpasti sgt..sbb dah ikut semua sop doktor..ambik ubat itu ini..keadaan tetap Sama..scan takdak apa masalah..Tanya ustaz..tiada gangguan..
Adik habaq kat doktor ..takmau tebuk..bukan apa adik mcm tau bila tebuk..sakit tu tak hilang akan mai sakit lain lagi..adik cakap kat doktor ..adik budak KECIK lagi..kompom2 masuk Syurga..Alhamdulillah..adik..memang Syurga tu tempat adik..setelah lebih kurang 2 tahun adik berumah di hospital sp Dan kebelakangan ni di GH pulau pinang..
Punca sakit adik??Mama kata sebelum adik sakit..adik muntah2 Dan badan adik membengkak..ada kawan adik tendang kat perut adik..tengok tu mcm tak teruk pun..mungkin adik ada sakit tu dah..mungkin asbab adik kesan penyakit tu lebih awal..bukan Salah kawan adik tu..mungkin jugak tu jalan adik ke Syurga idaman..kat Sana nanti boleh makan sedapp2..adik tak perlu tengok youtube pizza..kfc lagi..maknjng tau adik meleleh ayaq liuq ja tengok semua tu..
Adik dah pi..maknjg tengok adik berserban putih..berselimut putih..sejuk muka adik..
Nanti ..adik jangan lupa bawak adik2 Syurga adik yg dua tu tarik mama,abah,kak syifa,angah,acik Dan awa..
Anak Syurga makjng Dan Pak njng..damailah anak di Sana..

Tuesday, 8 January 2019

Doa basuh beras

Adab basuh beras

1. Menggunakan TANGAN KANAN untuk membasuh.

2. Gaulkan arah lawan jam (sama seperti arah tawaf)

3. Membaca ليس لها من دون الله كاشفة
"Laisa la ha min dunillahi kastyifah"
Maksudnya
🌸Tidak ada penyembuh selain dari Allah🌸

4. Ulang basuh sebanyak 3 kali sehingga yakin bersih

Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa.
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.

dan

"Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi”

Serta

"Ya Allah kau satukanlah hati kami sekeluarga sebagaimana bersatunya beras ini menjadi nasi"😊

#Share jika bermanfaat.