Resepi kuih tradisional mudah untuk dicuba 💚💜
Kuih Buah Melaka
By Mawar Wilsa
Bahan-bahan
☑️ 2 cawan tepung pulut
☑️ 1 sudu besar tepung gandum
☑️ 1 cawan air daun pandan (5helai) + pewarna hijau / untuk yang ungu tukar kepada air biasa dan tambah emulco keladi (yam emulco)
☑️ 1/2 ketul gula melaka - potong dadu kecil2 (saya guna gula merah)
☑️ Kelapa parut putih + sedikit garam halus - gaul sebati (kukus sekejap)
Cara penyediaan
1) Dalam bekas berisi kedua tepung gaul rata dan tuangkan air pandan + sedikit pewarna hijau.Uli sehingga menjadi doh.Jika terlalu lembut tambahkan sedikit tepung gandum.
2) Bulatkan doh ikut size yang anda suka,tekan leper doh tadi dan isikan gula melaka/gula merah dan bulatkan semula.Buat sehingga habis doh.
3) Sebelum tu panaskan air hingga mendidih dan masukkan doh tadi ke dalam periuk.Apabila doh timbul dipermukaan boleh angkat doh menggunakan penapis kecil dan toskan.
4) Golekkan buah mekaka diatas kelapa parut putih bagi rata dan boleh lah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment