Alhamdulillah..dpt tekstur yg cheq nak..cukup lemak dan sederhana manis..sapa2 suka tekstur lembut skit mcm ni bleh try resepi ni naa..insyaallah jadi elok😋😍
Pulut Sekaya@ Seri Muka
Loyang 7 inci
Bahagian bawah(pulut)
Sukat 1 cawan pulut susu, basuh rendam 15-30 minit.
Kukus pulut bersama 1cawan santan cair bersama 1/2 sudu kecil garam.
(Nisbah santar cair: 1/3 santan pekat + 2/3 air)
Kukus selama 25 minit. Sebatikan dan tekan rata.
Bahagian atas(hijau)
Blend 4 helai daun pandan, 1 inci kulit kayu manis bersama setengah cawan air.
Tapis. Campurkan santan pekat bersama air pandan tadi dan jadikan 1 1/2 cawan, jika tak nak berdadih dan potong cantik boleh kurang kan sukatan ni
Masukkan setengah cawan gula
Masukkan 3 sudu besar tepung gandum
Masukkan pewarna hijau sikit jika perlu
Mangkuk berasingan
Pukul 2 biji telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan tadi.
Masak dia atas api hingga pekat sedikit.
Tuangkan keatas pulut tadi. Kukus 20 minit atau hingga masak.
Pewarna jika perlu.* tp hat ni xbuh pewarna pun..asli daun pndan😊
#pkp2
#kitajagakita😍
No comments:
Post a Comment