Friday, 16 April 2021

biskut blueberry

Resipi Biskut Blueberry 

Bahan²
250gm mentega
60gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
250gm tepung gandum
50gm tepung beras

Toping :
Blueberry (Strawberry / Nutella pun boleh)
Almond dice (jika suka.. kalau ada lagi meriah)

Cara-cara :

1. Satukan mentega, gula dan esen vanilla. Kacau hingga sebati, jgn smpai kembang, (1-2 minit shj)
2. Masukan tepung sedikit demi sedikit
3. Kacau hingga sebati
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag
5. Sekarang pipe pulak topping (bluberry atau lain lain), kemudian tabur almond cincang jika suka
6. Bakar biskut dalam suhu 160°c selama 35 minit (oven masing2)

Monday, 12 April 2021

cat jotun mist

doa

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.
MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya 'alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…
Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…
Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Aamiin3 ya rabbal' Alamiin

Friday, 9 April 2021

tat nenas makteh norain

Resepi Tart nenas sedap

Bhn A

220 g buttercup sejuk atau jenama lain

30 g minyak sapi ghee 

1ct vanila.

Bhn B

1 camca teh esen vanila

1 camca besar susu tepung fernleaf

Bhn C

300 g tpg gandum 

40g tpg jagung

50g gula caster

Bhn D

Sapuan atas tart: 2 biji merah telur kacau² dulu campur 1 camca besar susu cair. Boleh letak sikit esen vanila jika mau.

Cara saya:

1. Potong² kiub kecil butter sejuk. Kacau dgn senduk kayu atau ramas dgn tangan bagi butter hancur. Nak senang guna ja mixer. Mix dulu butter shj dgn kelajuan sederhana.

2. Masuk esen vanila dan susu tepung..terus mix atau kacau manja² sampai sebati.

3.  Campur gula caster, tepung gandum dan tepung jagung dan kacau rata hingga sebati dan membentuk doh. 

4. Rehatkan sebentar anggaran 15-20 minit.

Kemudian tekan guna acuan tart nenas mcm biasa. 

(((🍍🍍🍍 Timbang anggaran 6 g jem nenas utk isian inti. Nak agak² pun ikut suka k.
Panjang setiap doh lebih kurang 2½ inch. Agak lah bersamaan brapa cm
🍍🍍🍍 Gulung kemas tart nenas. Bakar pd suhu 130c. Anggaran 20minit atau hingga nmpak mcm sikit keperangan. Keluarkan dari oven. Masa ni akn nmpak ada tart yg merekah. 
Teruskan sapu kuning telur+ susu cair (bhn D)
Masuk semula dlm oven dan bakar sampai nmpak warna golden. Boleh faham tak? Ni bkn pjj tau. Ambik resepi p buat sniri. )))

Resepi dari fb yg saya ubah suai sikit utk senang nk buat. Nak pjj apa resepi org.. 🙄. 

Bagi m.teh paling senang guna mixer. Just mixer manja² saja bgi adunan sebati. 

Ok na. Harap berpuas hati pd yg msj pm tepi la dok tanya. Ikut dan cuba buat. Kalau xjadi bukan salah resepi tapi salah kita yg kurang mahir.

Tebus kembali..