Sunday, 2 April 2023

biskut makmur

Biskut makmur gebu versi saya. Cair di mulut.
Saya olah drp resepi2 yg saya rujuk..berdebar jugak takut tak sedap @ tak cukup rasanya. Tapi lepas berbuka tadi try rasa sebiji....erm..alhamdulillah,ok, boleh save la resepi saya ni.

Makmur Gebu (inti kacang tumbuk/kisar)

Bahan2: (utk doh)
-4 cwn tepung (disangai sampai naik bau)
-1/2 cwn gula kastor
-1/4 cwn susu tepung
-3 sb mentega yg dicairkan(saya guna buttercup, sbb tak suka minyak sapi)
-Minyak jagung secukupnya (saya tak sukat, main tuang je..tp tuang sikit2)
-1/2 st garam

Cara2: Dlm mangkuk, satukan tepung, gula, susu tepung dan garam. Tuang butter yg telah dicairkan (tunggu sejuk) dan minyak jagung secukupnya. Tuang pelan2 sambil ramas dan uli sehingga menjadi doh yg sesuai dibentuk. (Cuba kepal2, kalau kepal dia menjadi bulat ok lah tu)
Bahan2: (utk inti)
Kacang kisar/tumbuk 3/4 cwn (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit)
3 sb susu pekat
2 sb gula halus
Secubit garam
Cara2: Gaul jer semua bahan2 utk inti.
Gula ising 3/4 cwn utk salut.
------------------

Cara2: Bentukkan doh dan letak inti kacang td dlmnya,tutup doh dan sempurnakan bentuknya. (Terpulang pd size yg anda suka, letak kacang lg byk lg sedap). Bakar pd suhu 150° , 20 minit. (Ikut oven masing2) Gelek2 makmur yg telah masak dlm gula ising ketika masih suam. Biar sejuk sepenuhnya, baru aimpan di dlm balang. (Utk adunan ni mengikut bentuk yg saya buat, saya dpt 50 biji).

Alhamdulillah. Selamat mencuba bg yg berminat. Saya halalkan resepi ni. Doakan saya sentiasa murah rezeki dan sihat ya. Terima kasih.

Kredit : : wan afifah via mahn
#bestmalaysiafoodviral

No comments:

Post a Comment