Friday 28 February 2020

Rotikawah

Roti Kawah Creamcheese
-Timbang Doh 50g
-Rounding
-perap 15minit
-canai & letak dlm cup
-tebuk/tekap lubang
-Kembang 45-50minit
-tekan bhgian tengah Doh
-sapu susu cair
-tabur dgn Buttermilk Crumble
-paip dgn CREAMCHEESE CREAM
-Bakar Pada Suhu 200 atasbawah/20minit

Resepi Buttermilk Crumble
Susu Tepung 10g
Butter 35g[Mesti sejuk peti Ais]
Tepung Gandum 50g
Gula Kastor 50g

Gaul guna Tangan saja:
Campur Butter +Tepung Gandum
Masukkan Gula Kastor
Akhir skali masukkan susu tepung supaya adunan senang membentuk gumpulan2 kecil
-Gelek dgn kedua tapak tangan

Resepi Creamcheese Cream:
Creamcheese 125g
Gula Aising 35-40g
Whipping Cream 25g
-Pukul creamcheese dgn gula Aising hingga halus
-Masukkan whipping Cream,pukul hingga sebati
-Masukkan dlm Piping Beg.
#Adunan ini boleh diguna utk 10bun bersaiz doh 50g

Inti México bun

Inti ButterMilk
(Inti Untuk Roti Mexican Bun atau Bun Biasa@Buttermilk Bun)

280g Butter -Lembut Pada suhu Bilik
280g Aising-Ayak
280g Susu Tepung Penuh Krim( Nespray,Fernleaf)

Berat 20g Setiap satu dan terhasil dalam 42 ketul  inti , sesuai untuk di isi dalam Doh Berat 50g .
Boleh Buat Awal dan Simpan dalam Chiller .

Saturday 22 February 2020

Kek coklat

MOIST CHOCOLATE CAKE

(Loyang saiz 8 inci)

BAHAN2..

BAHAN A..
90gm serbuk koko
200gm gula kastor @ 200gm gula halus dimesin (blend) lagi halus
200gm minyak masak/sayuran/minyak jagung/canoli/sunflower
250g susu pekat
1 tin susu cair/kotak

BAHAN B (dicampur & dipukul sampai kembang berbuih menggunakan mixer)
Boleh juga guna blender
Dipukul 15 ke 20 saat SAHAJA
4 biji telur gred A @ B
Esen vanila

BAHAN C (dicampurkan sekali & diayak)
Ayak 3x

150 gm tepung gandum/kek/superfine
Sukatan baking powder & baking soda - rujuk gambar

Cara2..

1.Masukkan semua bahan A dlm 1 bekas stainless steel/periuk , kacau rata smpai sebati dahulu
Kemudian masak atas api kecil..
API KECIL YE!👈

Masak sekejap je sambil adunan dikacau..kacau pelan2..x.perlu mndidih @ sampai berasap...
Rasa bekas tu dah panas boleh terus tutup api

2. Lepas tu siapkan bahan B & masukkan ke dalam adunan A tadi & kacau sebati
Mesti kena sebati

3.Masukkan pula bahan C & kacau sehingga sebati juga
Bila masukkan Bahan C (tepung)
Jangan kacau ganas/kasar

4.Panaskan oven dulu ye (preheat)
Sy panaskan 10min suhu 180c

5.Masukkan ke dalam loyang yg dah disapu dgn butter/marjerin & dilapik dgn baking paper..
Guna LOYANG 8 inci

6.Bakar sehingga masak..sy bakar dalam oven dengan suhu 160c selama 1 jam 20min @ sehingga masak..
Lepas 1 jam 10 min boleh check dah masak ke belum
👉Guna suhu yg bersesuaian dengan oven anda
👉Laen oven laen suhu nya

7.Keluarkan kek dari oven bila dah masak..
Terbalekkan & tanggalkan baking paper..terbalekkan kek balek ke posisi asal

Sejukkan kek dulu ( saya sejukkan dengan cara masukkan dalam chiller/fridge beberapa jam)
Bila kek sejuk dalam chiller nanti topping akan melekat cantik dekat kek
👉Mesti kena sejukkan dalam chiller/fridge!!
👉Simpan kek sekali dengan bekas/kotak



Resepi choc topping..

200gm choc compound/choc masak..didadu/dipotong kecil
100gm whipping cream @ 90gm susu cair


1.Masukkan choc compound dalam bekas stainless steel..double boil kan..

PASTIKAN AIR PANAS YG ADA DALAM PERIUK TIDAK TERKENA PADA BAWAH BEKAS STAINLESS STEEL

2.Bila coklat dah cair masukkan pula cream/susu cair tadi..kacau smpai sebati..

3.Curahkan atas kek tadi menggunakan sudu perlahan2..

4.Masukkan sekejap dalam chiller bagi coklat stabil..

5.Tabur dengan choc chips/choc rices @coklat pilihan


👉Pastikan semua bahan berada pada suhu billik

👉Ganache mesti lah kena panas bila tuang atas kek (kek kena betul2 sejuk)
Kalau suam/sejuk nanti ganache tak licin

👉Kod bekas plastik untuk kek 8 inci - tm300

👉UNTUK BAHAN...BRAND APA YG SY UNTUK BUAT KEK - SEMUA BRAND SY GUNA /TAK KIRA MURAH @ MAHAL
GUNA JE APA YANG ADA

Moi maksu

Resepi bubur nasi ayam
Beras 1 pot
Bawang besar 1 biji
Bawang Putih 3 biji
Halia 2 in
( Blend )
Ayam cincang utk byak yg mau
Serai ketuk sebalang
Rempah sup 1 sudu
Serbuk Lada hitam/ putih
Garam + kiub
Rebus Guna pressure cooker.
Dah kembang masuk kentang, carrot
Santan .
Masak Sampai sayur lembut
Last masuk daun bawang daun sup
Bawang goreng
Perasakan secukupnya

Friday 14 February 2020

Kek marble

Aktiviti hari ini membaking Kek Marble plain chocolate. Bolehlah dibawa sbg buah tangan ke rumah adik di Seremban dan Kakak di KL nanti.

KEK MARBLE

Bahan2nya :-

300 gm buttercup
250 gm gula castor
280 gm tepung naik sendiri (diayak)
1/2 sudu kecil baking powder
3 sudu besar susu pekat manis
5 biji telur gred A atau 6 biji telor gred B
1 sudu besar ovallette
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar air sejuk (fridge)
2 sudu besar chocolate emulco
1 sudu kecil esen warna pink

Cara2nya:-

1.    Pukul butter dan gula castor hingga   
       kembang dan berwarna putih.

2.   Masukkan telor satu persatu dan
       putar.

3.   Masukkan ovallette dan putar.

4.   Masukkan esen vanilla dan putar.

5.   Masukkan tepung yang telah  
       diayak bersama baking powder
       sedikit2 hingga habis sambil
       diputar hingga rata / sebati.

6.   Masukkan susu pekat manis dan 
       putar.

7.    Akhir sekali masukkan air sejuk.

8.   Putar lagi adunan hingga rata.

9.   Bahagikan adunan kepada dua
       (2) bahagian.

10. Yang sebahagian digaulkan dengan
       chocolate emulco / serbuk koko      
       atau dengan esen warna pink atau
       sebarang warna ikut kegemaran
       masing2. Manakala yang 
       sebahagian lagi dibiarkan
       dengan warna asal.

11.   Dua (2) biji loyang ukuran
        7”x7” dipanaskan sebentar
        di dalam oven. Kemudian
        dialaskan dengan baking
        paper dan disapukan dengan
        butter.

12. Tuangkan adunan yang warna asal
       dengan yang warna Chocolate
       ke dalam loyang secara berselang
       seli hingga adunan habis.

13.  Bakar adunan dengan api atas dan  
        bawah pada suhu 160 darjah
        selama 50 minit / hingga
        masak.

Nota :  Suhu bergantung pada oven
             masing2.