Saturday 22 February 2020

Kek coklat

MOIST CHOCOLATE CAKE

(Loyang saiz 8 inci)

BAHAN2..

BAHAN A..
90gm serbuk koko
200gm gula kastor @ 200gm gula halus dimesin (blend) lagi halus
200gm minyak masak/sayuran/minyak jagung/canoli/sunflower
250g susu pekat
1 tin susu cair/kotak

BAHAN B (dicampur & dipukul sampai kembang berbuih menggunakan mixer)
Boleh juga guna blender
Dipukul 15 ke 20 saat SAHAJA
4 biji telur gred A @ B
Esen vanila

BAHAN C (dicampurkan sekali & diayak)
Ayak 3x

150 gm tepung gandum/kek/superfine
Sukatan baking powder & baking soda - rujuk gambar

Cara2..

1.Masukkan semua bahan A dlm 1 bekas stainless steel/periuk , kacau rata smpai sebati dahulu
Kemudian masak atas api kecil..
API KECIL YE!👈

Masak sekejap je sambil adunan dikacau..kacau pelan2..x.perlu mndidih @ sampai berasap...
Rasa bekas tu dah panas boleh terus tutup api

2. Lepas tu siapkan bahan B & masukkan ke dalam adunan A tadi & kacau sebati
Mesti kena sebati

3.Masukkan pula bahan C & kacau sehingga sebati juga
Bila masukkan Bahan C (tepung)
Jangan kacau ganas/kasar

4.Panaskan oven dulu ye (preheat)
Sy panaskan 10min suhu 180c

5.Masukkan ke dalam loyang yg dah disapu dgn butter/marjerin & dilapik dgn baking paper..
Guna LOYANG 8 inci

6.Bakar sehingga masak..sy bakar dalam oven dengan suhu 160c selama 1 jam 20min @ sehingga masak..
Lepas 1 jam 10 min boleh check dah masak ke belum
👉Guna suhu yg bersesuaian dengan oven anda
👉Laen oven laen suhu nya

7.Keluarkan kek dari oven bila dah masak..
Terbalekkan & tanggalkan baking paper..terbalekkan kek balek ke posisi asal

Sejukkan kek dulu ( saya sejukkan dengan cara masukkan dalam chiller/fridge beberapa jam)
Bila kek sejuk dalam chiller nanti topping akan melekat cantik dekat kek
👉Mesti kena sejukkan dalam chiller/fridge!!
👉Simpan kek sekali dengan bekas/kotak



Resepi choc topping..

200gm choc compound/choc masak..didadu/dipotong kecil
100gm whipping cream @ 90gm susu cair


1.Masukkan choc compound dalam bekas stainless steel..double boil kan..

PASTIKAN AIR PANAS YG ADA DALAM PERIUK TIDAK TERKENA PADA BAWAH BEKAS STAINLESS STEEL

2.Bila coklat dah cair masukkan pula cream/susu cair tadi..kacau smpai sebati..

3.Curahkan atas kek tadi menggunakan sudu perlahan2..

4.Masukkan sekejap dalam chiller bagi coklat stabil..

5.Tabur dengan choc chips/choc rices @coklat pilihan


👉Pastikan semua bahan berada pada suhu billik

👉Ganache mesti lah kena panas bila tuang atas kek (kek kena betul2 sejuk)
Kalau suam/sejuk nanti ganache tak licin

👉Kod bekas plastik untuk kek 8 inci - tm300

👉UNTUK BAHAN...BRAND APA YG SY UNTUK BUAT KEK - SEMUA BRAND SY GUNA /TAK KIRA MURAH @ MAHAL
GUNA JE APA YANG ADA

No comments:

Post a Comment