Aktiviti hari ini membaking Kek Marble plain chocolate. Bolehlah dibawa sbg buah tangan ke rumah adik di Seremban dan Kakak di KL nanti.
KEK MARBLE
Bahan2nya :-
300 gm buttercup
250 gm gula castor
280 gm tepung naik sendiri (diayak)
1/2 sudu kecil baking powder
3 sudu besar susu pekat manis
5 biji telur gred A atau 6 biji telor gred B
1 sudu besar ovallette
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar air sejuk (fridge)
2 sudu besar chocolate emulco
1 sudu kecil esen warna pink
Cara2nya:-
1. Pukul butter dan gula castor hingga
kembang dan berwarna putih.
2. Masukkan telor satu persatu dan
putar.
3. Masukkan ovallette dan putar.
4. Masukkan esen vanilla dan putar.
5. Masukkan tepung yang telah
diayak bersama baking powder
sedikit2 hingga habis sambil
diputar hingga rata / sebati.
6. Masukkan susu pekat manis dan
putar.
7. Akhir sekali masukkan air sejuk.
8. Putar lagi adunan hingga rata.
9. Bahagikan adunan kepada dua
(2) bahagian.
10. Yang sebahagian digaulkan dengan
chocolate emulco / serbuk koko
atau dengan esen warna pink atau
sebarang warna ikut kegemaran
masing2. Manakala yang
sebahagian lagi dibiarkan
dengan warna asal.
11. Dua (2) biji loyang ukuran
7”x7” dipanaskan sebentar
di dalam oven. Kemudian
dialaskan dengan baking
paper dan disapukan dengan
butter.
12. Tuangkan adunan yang warna asal
dengan yang warna Chocolate
ke dalam loyang secara berselang
seli hingga adunan habis.
13. Bakar adunan dengan api atas dan
bawah pada suhu 160 darjah
selama 50 minit / hingga
masak.
Nota : Suhu bergantung pada oven
masing2.
No comments:
Post a Comment