Wednesday, 21 August 2024

koytew teng

Dah byk kali dok melintas, tertelan air liurrr weiii 🤤

Tgk resepi senangnya lahaiii 😅

Cehhhhh, senang2 pun x buat2 pun lg 😂

Ok la kita try la Menu Sihat mlm ni. 

Main lebur je siap 😅😂 

Nahhhhhh resepi 📝 

KUEY TEOW SUP ALA2 KOPITIAM 😉
—————————————————-

Bahan-bahannya :-
—————————-

2 Labu Bawang Putih (dicincang)
1 Cawan Minyak Masak

3 ketul Dada Ayam
2 Kuib Pati Ayam
Kek Ikan
Bebola Ikan
Minyak Bijan 
Air utk merebus
Garam

Kuey Teow (di cuci sekejap dgn air panas)
Sawi Pak Choy (di rebus)
Cili Padi (di potong)
Kicap Manis/Masin

Cara-caranya :-
————————-

1. Panaskan Minyak & goreng bawang putih hingga keperangan. Ketepikan.

2. Kuey Teow di cuci & di bilas dgn air panas utk membuang minyak yg melekat pd Mee.

2. Masukkan Air & Ayam ke dlm periuk. Renehkan sehingga Ayam masak. Angkat Ayam sahaja & ketepikan. Masukkan Kek Ikan, Bebola Ikan & Kiub Pati Ayam ke dlm periuk td. Titiskan Minyak Bijan. Perasa kan dgn Garam & biarkan sehingga mendidih. Siap!

3. Sementara itu Ayam yg di rebus tadi di carik carik.

4. Cili potong + Kicap sebagai penambah rasa & selera. 

5. Minyak bawang putih.

SIAP ✔️

Selamat Mencuba 🌹
credit to cik puan zee

No comments:

Post a Comment