Sunday, 22 March 2020

Corona virus

CORONA VIRUS/COVID 19/SARS-COV2

Saya nk share sikit. Kita cerita dlm bhs mudah je bg org senang faham. Baca ye..dan share lah kalau bermanfaat.

Corona virus ni dulu menyebabkan MERS-COV dan SARS-COV1. Tapi tak jadi pandemik sebab wabak tak menular macam COVID19.
Mai thn 2019 ni corona virus dah berubah dan membunuh ribuan manusia di seluruh dunia.

APA ITU  CORONA VIRUS?

Virus yg menyebabkan penyakit di bahagian pernafasan.Virus ni dia sgt bercita2 nk menakluki paru2. Itu je minat dia.Biasanya dia akan cari paru2 yg matang iaitu manusia yg berumur 40thn ke atas. Ada juga kanak-kanak dan dewasa yg terkena, tp risiko lebih tinggi bg yg berumur 40thn ke atas.

Asalnya corona ni dah ada lama. Bukan baru ye.Cuma wabak ni adlh wabak baru. Berasal dari binatang dan menjangkiti manusia.Corona ni ditemui sejak 1960.Cuma COVID 19 ni adalah yg terbaru dan sifatnya lebih garang. Dia mcm kelahiran demi kelahiran.. Yg ni lahir2 je mmg luar biasa kuasa dia dari senior2 dia😅. Kalau senior depa jangkit dari binatang ke manusia sj, tp COVID 19 ni berjangkit manusia ke manusia.

COVID 19 ni kali pertama di kesan dari pasar makanan laut di Wuhan China pada 2019.Koronavirus ini dipercayai dari kelawar dan menjangkiti binatang lain. Di khuatiri menjangkiti manusia dari daging / bahan mentah dari sana dan manusia kemudiannya menjangkiti manusia yg lain.Virus ini di lihat telah berubah dan menyesuaikan dirinya dengan manusia.

Tu serba sedikit sejarah. Jadi kena faham satu virus ni dia berubah2.Sebab tu yg depa kata virus ni termutasi. Tp bukan semua org faham istilah tu.Ada juga yg kata virus ni telah dicipta dan di mutasikan utk sebuah perniagaan syarikat tertentu dan ada juga yg kata ini telah dirancang dan merupakan satu kosnpirasi pihak tertentu. Gosip2 ni mmg cepat org sebar. So ignore je. Yang penting kita nk tau mcm mana dia merebak, mcm mana nk cegah,mcm mana nk rawat. CUKUP!

MACAM MANA IA MEREBAK?

1.Melalui Udara
Org yg dijangkiti telah bersin atau batuk-virus akan bertebaran di udara dlm beberapa jam dan menjangkiti org yg berdekatan.

2.Melalui Titisan
Orang yang dijangkiti telah bersin atau batuk-titisan air liur akan jatuh ke permukaan bersama tebaran virus.Virus akan hidup di permukaan selama beberapa jam.

3.Melalui Sentuhan
Sentuhan pd permukaan(surface area) yg tercemar dengan virus.

Penyebaran virus ini berlaku sgt cepat. Jika dijangkiti virus akan terus masuk ke salur pernafasan dan terus ke paru2. Takde singgah2 dah😅. Pergerakan dia cepat sebab bentuk dia mcm bola dan berpaku. Bentuk paku tu memudahkan dia bergolek dan menempel dengan protien/enzim yg ada pada sel manusia. Bila dia dh berjaya duduk di paru2 dia akan mula bekerja menyerang sistem tubuh manusia.

Apa berlaku? Badan akan menunjukkan reaksi seperti demam, batuk dan kesukaran bernafas.Keadaan akan jd lebih teruk jika org yg dijangkiti mempunyai penyakit chronic seperti kencing manis atau penyakit di salur pernafasan seperti pneumonia. Lebih cepat menyerang jika org itu adlh warga emas kerana mereka mempunyai pertahanan badan yg rendah.

MACAM MANA TAHU KITA DIJANGKITI?

Melalui pemeriksaan di fasiliti kesihatan.Ops!Jangan takut utk buat saringan jika anda bergejala kerana test ni tidak menyakitkan. Kita cuma ambil sampel cecair dengan cutton bud yg panjang di bahagian dalam tekak(tenggorok)Tiga second je.. Habis!

SIAPA YANG PERLU DISARING?

1.Orang yg membuat perjalanan ke luar negara.
2.Orang yang menyertai perhimpunan/mesyuarat/ceramah dsbnya
3.Orang yang berhubung dengan pesakit Covid 19 /ahli keluarga /bercakap /bertemu/menyentuh/merawat
4.Bergejala dan mungkin suspect oleh doctor ketika pemeriksaan

JIKA DIJANGKITI BERAPA LAMA DIA AKAN TUNJUK DIRINYA (SYMPTOMS)

Bergantung pd tubuh badan manusia. Jika imuniti kuat mungkin dia x tunjuk apa2 symptoms. Org ni selalunya akan jd pembawa tanpa symptoms tanpa komplikasi.

Jika imuniti rendah atau berpenyakit seawal dua hari dia dh ada gejala. Selalunya 5-6 hari dari hari DIJANGKITI. Tempoh pengeraman sehingga 14 hari. Sebab tu kita di suruh kuarantin  selama 14 hari.

BAGAIMANA VIRUS MASUK KE DALAM BADAN?

Virus masuk melalui hidung dan mulut. Sebab tu kalu pergi mana2 jgn duk pegang merata dgn tangan, satgi tanpa sedar duk p pegang mulut ke hidung ke.. Kena selalu cuci tangan.

ELAKKAN TEMPAT BERISIKO

Jangan pergi ke tempat yg sesak, jgn berhubung dgn pesakit covid secara face to face. Jangan berkumpul ramai2. Risikonya 15 minit je jangkitan berlaku kalu bersemuka, kalu dlm bilik bertutup tempoh jangkitan dua jam wlpn tak bersemuka.

APA RAWATAN UNTUK SEMBUH

Takde lg kot rawatan secara khusus, TAPI yg penting kekalkan air dalam badan.Selalunya virus ni akan menyebabkan kita demam, jd kita akan kekurangan air dalam badan.Setiap darjah celcius peningkatan suhu badan kita kehilangan 500/ml air.Jadi sistem badan akan merosot dan menyebabkan komplikasi seperti meninggal dunia. Badan kita ni bila dijangkiti virus dia akan distress dan akan mengeluarkan pelbagai hormon dan askar utk lawan virus sehingga kadang-kadang bila badan over sgt melawan virus tu yg menyebabkan kematian.

Berapa liter air kita perlu?Biasanya antara 2-3liter bergantung  berat badan dan aktiviti kita. Nak tau anngaran badan perlu berapa banyak air, berat anda bahagi je dengan 25.So dapat la anggaran berapa liter air yg anda perlukan sehari.

Masa sakit ni perlu lah jaga nutrisi supaya badan dapat makanan yg berat utk lawan virus. Selain dari tu vit C dan vit D juga boleh di ambil utk pertahanan badan. Kedua2 vitamin ni bertindak sebagai antioksidan.

Selebihnya virus ni akan mati dengan sndr selepas 14 hari, disebabkan badan kita ni dah menghasilkan antibodi utk virus tersebut. Tapi ingat, bukan bermakna dah ada antibodi kita tidak dijangkiti dah lepas tu sebab corona virus ni boleh menjangkiti semula dengan bentuk yg lain, jd wlpn dh ada antibodi tp kalu virus sblm jenis L Strain kemudian virus yg mai ni jenis S strain, so boleh dapat komplikasi juga.

PERLU KE PAKAI MASK, HAND SANITIZER DAN GLOVE?

OK yg ni isu yg di tunggu2. Mau tak tunggu harga mask dan glove mendadak naik.Harga cekik darah, ada yg kata harga yahudi.
Asalnya org sehat tak payah pakai mask. Sebab yg wajib pakai mask adlh org sakit. Jadi kalau kita nk elakkan dari virus tersebar, org sakit wajib pakai mask supaya bila bersin atau batuk dia tidak  menyebarkannya!Glove pakai yg plastik je, kalu takde yg getah..Maklum lah semua harga dah tak masuk akal. Stock pun dh takdak.

Begitu juga dengan glove dan hand sanitizer.
Tapi disebabkan sekarang kita dh tak tau pencemaran dah sampai tahap mana, pakai je lah. Tp jgn lah panic. Mask takde habis stock kalu ada pun harga mahal gila, pakai niqab atau pakai je laa mask kain. Sama juga ngan hand sanitizer. Basuh je dengan sabun kalu hand sanitizer takde stock.Sebab dalam sabun ada lemak hidrofilik yg boleh mematikan virus.

Satu perkara lg tentang virus ni dia tak suka air. Dia akan mati kalu terkena air. Dia suka tmpt yg lembab je . Jadi jgn takut basuh tangan. Asyik nk pakai hand sanitizer je jenuh😅. Sampai ada yg sanggup curi hand sanitizer dr hospital😆.

BAHAYA TAK?
Yup.. Sangat bahaya, kerana corona virus ni boleh berubah2 dan sifatnya merentasi masa, cuaca dan musim.

BETUL KE MINUM AIR SUAM BOLEH MATIKAN VIRUS?
Tiada bukti.
Boleh je minum air sejuk atau suam, asal kan air dlm badan mencukupi.

DUIT KERTAS DAN BARANG POS BOLEH JADI ADA VIRUS.. APA PERLU BUAT?

Jika dpt duit kertas, biar kan 4 jam baru guna. Barang pos kalu plastik biarkan pd udara lebih lama. Selalunya surface area ni dia boleh hidup antara 4-12jam bergantung jenis permukaan.

Yang penting kekalkan kebersihan diri, cuci tangan, jgn pergi tempat sesak, jgn pergi berkumpul dan stay at home.

Fuhhh.. Panjang tulis 😅. Kalu ada maklumat yg tak tepat, sy mohon maaf. Sumber yg sy ambil hasil dari pembacaan dari pelbagai laman sesawang😘

Musim2 wabak ni nak pesan satu je, dekat kan diri dengan Allah. Bnyakkan mengaji Quran.Bertenang di rumah, jangan panic.
InshaAllah kita dapat atasi wabak ni dengan baik.

#AnnaHijra
#Allahsayang
#covid19

No comments:

Post a Comment