Sunday, 29 March 2020

Petua roti loaf haiza

"Open Loaf aka Roti Abg Ali"vs"Roti Putih"

"Open loaf aka roti abg ali"
Apa2 loyang juga bole guna dan tidak ada menggunakan  penutup loyang, terpulang pada kreativiti masing2. Beza nya juga dari bentuk doh, terpulang sama ada di bulat2 kan ada yg letak 2 doh bulat ada juga sampai 4 ke 6 doh dlm satu loyang. atau hanya bentuk doh yg dibulat dan digelek kemudian digulung seperti bantal ni namakan roti bantal.
Tempoh pembakaran ikut masa kita nak, yg pasti kena masak sempurna..lagi lama masak pembakaran tersebut  lagi liat hasil open loaf  yang dihasilkan.Ini terpulang pada kita nak lagu mana ..sesetengah suka yg lembut tempoh masa hanya 45-50minit shj warna yg cerah sekata ..jika lebih akan garing akan gelap dan gelap terlebih ni utk dibuang kulit rotinya ada juga tau dan hasil akan liat sikit sgt sesuai untuk roti bakaq teloq leleh dan sewaktu dengannya..bila makan pon rasa sgt sedap dan rangup hat ni terpulang cara pembuatan masing2..Open loaf ni sangat mudah dibuat prosesnya pon tidak secerewet Roti Putih..bakaq ikut teknik yg betul tiada
"isu patah pinggang"..dah siap masak cepat2 hentak kuat2 dan keluarkan dari loyang masa panas2 lg tau..lambat kluaq nnt hangpa pakat teriak dan stress heheh
resepi open loaf tiada masalah mana2 bole guna hat penting "paham teknik" cara nak buat itu saja.

"Roti Putih"
Guna loyang ada tutup..proses sikit rumit dan cerewet ..tapi jika dapat step yg betul kita yang buat akan terus lompat ke bintang hehehe ..hangpa ingat senang ke buat,
mau tak lompat hehehe jgn mare nnt kena jual😜 ok2 teruskan nak taip ni sat g lupa pulak apa yg ditaip 😂
Doh yg betul kena digunakan betul2 anggaran dalam loyang tersebut..untuk loyang macam haiza guna tu mesti anggaran 800gm ke 1000g shj. beza buh 800gm doh ..doh akan naik sama paras juga cuma roti putih dihasilkan nanti akan ringan shj..jika purata doh 1000g akan berat dan kenyang hehee. Doh yg ditimbang perlu dibulatkan padat dan biarkan sekejap dlm 5 minit utk proses menggelek semula dan digulung pula..lps tu dipotong seperti gambaq dibawah..dah siap susun ja dlm loyang dah naik 3/4 paras loyang terus tutup dgn tudung loyang..sbb dah biasa haiza katup saja dan biar loyang terbuka sikit utk tgk jika dah sama paras doh kembang sempurna, bole katup tudung loyang rapat dan terus masuk oven utk dibakaq sempurna..bab ni masak sekata anggaran 45-55minit shj supaya cantik comel macam tuan dia heheh😜
Penggunaan resepi juga mana2 pon bole guna nak sedap guna resepi premium kalah roti G ka M ka apa2la hehe  nk bajet pon ada terpulang pada kita la nk guna hat mana resepi  yang penting kita buat roti tu sendiri..dan ada dlm resepi tu  #grsuperbake, tidak perlu guna telor dalam resepi 😉ratio cukup semua sure jadi roti jugak hat takjadi sbb takdak yis n seangkatan dgn nya saja..Roti putih juga bole dibuat pelbagai variasi ikut kreativiti masing2..penting sekali teknik yg kita buat supaya hasil yang dibuat masak sempurna, cantik dan berkhasiat hasilnya..Dah siap masak sempurna  jgn lambat keluarkan dari loyang na nanti patah pinggang takcantik..
Part paling best bila buat roti putih ni dapat shape 4segi,  time tu satu saat yg paling best pada sipembuat roti😍

Untuk makluman Roti putih dan open loaf kena sejuk betul2 baru proses pemotongan roti dibuat sekurangnya sehari..buat harini esok potong atau pagi siap, lewat petang baru potong..
baru sangat cantik setiap kepingan roti2 tersebut..

Suhu dan tempoh bakaq roti2 ni  tengok pada oven masing2 ok. Ada juga haiza cerita dalam post2 lepas isu ni sila tengok jika rajin😉

Terlebih panjang lebaq pulak ditaip coretan si pembuat roti ni  😂, ada masa nanti haiza share lagi..
Tq sudi baca

#SweetTrong

No comments:

Post a Comment