Sunday 29 March 2020

Roti benggali haiza

Resepi 🍞 SweetTrong 🍞 buat sahabat

500g Tpg Roti
500g Tpg gndum
10g Yis
10g Gr superbake /b. improver
10g garam
80-100g gula
110g shortening
450g - 600g air sejuk nk buh ais kiub lg ok

Cara dia SweetTrong buh semua dlm mixer kecuali ayaq sejuk tu buh dulu sikit² na..
jangan p ruah ayaq terus na menangis kang sbb terlembik. Dah agak ok terus mix la sampai gebu sudah

SweetTrong guna loyang 1kg (400g x 2 biji doh)
Bulatkan doh kemas kejap padat sampai tangan 💪 dan letak dalam loyang yg dah di sapu shoterning ..
Kalau doh tak kejap kemas padat bulat nnt akan patah la pinggang 🍞, bila patah pinggang hgpa pakat stress baik sadokan doh tu na..
Dah kembang doh molek elok boleh terus masuk dlm oven yg dah sedia panas.

Suhu 200' ikut oven masing²

Setiap 15minit Kena 3x pusing na dlm anggaran 45-50minit ikut la tahap hgpa nak garing ka hitam legam pon takpa.

Dah siap masak cepat² hentakkan dan keluarkan roti dari loyang, jangan sampai patah meja hgpa sudah ceq tak tanggung dan letak la 🍞 tu keadaan mcm pic  lagutu tau, semua ada sebab.
Dah sejuk sikit nak tegak ka nk tonggeng pon takpa hehhe jangan mare😆

Resepi tu boleh di adjust ikut suka hati kita na, nak premium gaya Roti Gar' tambah la susu tepung, Whipping cream dan susu fresh cream ada serbuk vanila lg la waduhhh tergoda bau dia..
Hat dok share tu pon sedap tak sangga apantah lg kalau di upgrade jadi premium.

takdan buat jualan dah nnt pakat makan sendiri🤣 ni bukan salah ceq.

🍞 ni kena ikut betul² tips yg bagi kalau dak 😭,  pernah share teknik sblm² ni boleh p tgk kat post² dlm fb ya scroll kebawah tau sbb dah berzaman tips tu😅

Didoakan semua sahabat haiza mampu buat ya carilah sumber pendapatan yang semampu yang boleh.
Sama² la kita bagi sokongan dorongan semangat dan doa.
Walau pon sesukar mana pon kedaaan sekarang tapi jika kita saling bersatu hati saling membantu insyaAllah Allah pasti mudahkan urusan kita..

Apapun yg kita buat pastikan kebersihan terjaga dan langkah PKP sentiasa dipatuhi.

Selamat membuat 🍞 dan mensadokan 💪

Ada apa nak tanya
Mohon satu ja jangan hgpa pakat mesenger personal na pitam nnt nak jawab sorang²😵

marah EnBos satg kena tindakan 'PKP' 'JARI' dari 'FB' pulak naya ceq🤣

Nak tanya komen ja kat bawah semua dapat tau nanti..

sama² kita belajar na

Dah pakat buat tolong tag ya jadi ka dak ka tag ja ok.

Harga jualan 1buku panjang tu RM7.00
Harga sekerat mcm pic yg packing tu RM3.50
Tunai 😁

*Tambahan celoteh*

Dalam keadaan yg kadang tepung roti kehabisan stok, boleh ja guna 100% tepung gandum. Macamtu juga kalau takdak tepung gandum ada tepung roti boleh aja guna 100% lagi best hasilnya ok 👍

Bila guna semua tepung gandum 🍞 tu bila start hari kedua dan seterusnya memang akan kering dan seroi.

Cara nya potong ja ikut tebal mana kita nk makan p la 'KUKUS' semula kepingan roti 🍞 tu, insyaAllah akan lembut semula. Kot ada lebihan p la sapu mentega ka apa tabuq gula bakaq sampai kering ..lps tu jadi la KRUPP KRUPP 😋

Setakat ni pelbagai jenis jenama tepung gandum SweetTrong dah guna boleh ja buat ROTI.

Termasuk TEPUNG BIRU CAP KUDA khas utk buat roti canai tu 🤣
sampai heran tokey gudang tu u boleh buat roti guna tepung ni ka ayoo 😅

Semua jenis tepung gandum ka tepung pau ka donat boleh buat ROTI.

Hat belum try tepung kek ja😁

No comments:

Post a Comment