Saturday, 21 March 2020

Resepi telor je

Resipi Telur Viral

1.Telur mata sambal hijau

Bahan-bahan:
15-20 biji cili api hijau/ merah (campur pun boleh)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur ayam
Secubit garam
Gula sedikit (pilihan)

Cara memasak:
1. Tumbuk semua bahan diatas sehingga lumat kasar.
2. Tumiskan dan masak sehingga sedikit garing. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian pecahkan telur ke atasnya dan tunggu sehingga masak (ikut citarasa masing-masing sama ada mahu telur kuning masak atau cair). Jika mahu berkuah, boleh tambah sedikit air.

2. Telur rebus air asam

Bahan-bahan:
Cili api
Bawang besar
Tomato
Asam jawa
Garam secukup rasa
Air
Telur

Cara-cara:
1. Rebus beberapa biji telur.
1. Hiris cili api, bawang besar dan tomato. Kemudian masukkan bahan hirisan tadi bersama air asam jawa. Perasakan dengan garam dan masukkan telur rebus.

*Biarkan 15 minit bagi meresap semua bahan di atas.

3. Telur dadar kerabu

Bahan-bahan:
1 keping telur dadar dihiris
Daun selum dihiris
1 biji bawang besar dihiris
1 helau daun limau purut dihiris
1 biji cili merah dicincang halus
1 biji limau nipis (jus)

Cara membuat:

1. Masukkan hirisan telur dadar ke dalam bekas bersama hirisan bawang, daun selum, cili dan limau purut.
2. Perahkan jus limau nipis dan gaul rata.
3. Sedia untuk dinikmati.

4. Sambal bilis telur pecah

Bahan-bahan:
2-3 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar*
10-15 biji cili padi*
1 ulas bawang putih*
1/2 cawan ikan bilis*

*Kisar ke semua bahan

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar hingga garing.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan tumis sambal bilis kisar hingga garing.
3. Setelah garing pecahkan telur di dalamnya, kacau rata hingga sebati.
4. Tutup api dan sedia dihidangkan.

5. Telur juicy spicy

Bahan-bahan:
3 biji telur
Kicap secukup rasa
Cili potong ikut tahap kepedasan
1 biji limau nipis

Cara-cara:

1. Goreng seperti telur mata dan ketepikan.
2. Letak kicap, cili potong dan perahan limau nipis secukup rasa.
3. Gaul ke semua bahan bersama telur dan sedia dihidangkan.

Sumber:Makan Lena
Sumber: Bahiah Saripuddin

No comments:

Post a Comment